Showing posts with label Bahasa Melayu. Show all posts
Showing posts with label Bahasa Melayu. Show all posts

Sunday, August 14, 2011

Dialek


Dialek
Difinisi
·         Jenis bahasa yang digunakan dalam  percakapan di sesuatu daerah @ bahagian negeri yg mempunyai pelat sebutan yang khas bagi daerah itu.
·         Berbeza daripada sebutan-sebutan umum yang  digunakan di negara ini.
·         Wujud disebabkan oleh tempat yang berasingan – mempunyai sejarah perkembangan dlm aspek bahasa yang tersendiri.

Dialek yang terdapat di negara Malaysia
·         Dialek Utara di Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Utara Perak
·         Dialek Perak di Perak selain Utara Perak.
·         Dialek Kelantan
·         Dialek Terengganu
·         Dialek KL (Bahasa Melayu basahan standard) di Kuala Lumpur, Selangor dan bandar bandar besar di Semenanjung Malaysia.
·         Dialek Negeri di Negeri Sembilan
·         Dialek Johor
·         Dialek Melaka
·         Dialek Sarawak
·         Dialek Sabah
Ciri-ciri yang membezakan bahasa daerah
·         Kepelatan bunyi sebutan
·         Gaya lagu sewaktu menuturkannya
·         Perbezaan dari segi perkataan & ungkapan-ungkapan tertentu;
·         Contoh : 1) perkataanpergi
o   Kedah : pi
o   Kelantan : gi
o   N. Sembilan : poi [poyi]
  • Perbezaan dalam penggunaan perkataan & frasa;
contoh :1) ‘layang-layang’ dengan ‘wau
                  kelmarin’ dengan ‘semalam
              2) penggunaan kata ganti nama;
                     cth : ‘awak’
                     (i) Kelantan : demo
                            (ii) Kedah : hang
                            (iii) Sarawak : kitak

·         Kerana ada perbezaan dialek yang amat ketara, kadang kala penutur bahasa Melayu dari dialek tertentu tidak dapat mamahami penutur dialek yang lain terutama sekali dialek Kelantan, Sarawak dan Sabah.

Saturday, August 13, 2011

Bahasa Rasmi


Pengenalan
          Bahasa yang digunakan dalam semua bentuk situasi yang rasmi atau formal
          Digunakan dalam urusan-urusan rasmi seperti pentadbiran kerajaan, sistem pendidikan negara, urusan perniagaan, temuduga pekerjaan, mesyuarat, perundingan, seminar dan sebagainya
          Terdapat dalam bahasa tulisan dan juga lisan
          Zaaba menggunakan istilah “bahasa surat” untuk merujuk jenis bahasa ini
          Tidak semestinya dipilih daripada bahasa tempatan
          Boleh dipilih daripada bahasa asing
          Bahasa kebangsaan biasanya satu bagi setiap negara, tetapi bahasa rasmi tidak demikian
          Bahasa rasmi boleh lebih daripada satu, mungkin dua, tiga atau empat bagi sesebuah negara
          India
          Di India, bahasa Inggeris diberi status sebagai bahasa rasmi
          Mengelakkan perbalahan kaum yang masing-masing mahukan bahasa mereka dijadikan bahasa rasmi
          Malaysia
          Di Malaysia, sebelum merdeka dan pada awal kemerdekaan, bahasa Inggeris menjadi bahasa rasmi
          Kemudian, bahasa Melayu mengambil alih fungsi bahasa Inggeris
          Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi yang pertama, manakala bahasa Inggeris menjadi bahasa rasmi yang kedua
          Pada tahun 1967, bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi yang tunggal
          Bahasa Melayu, dan bukan bahasa lain, digunakan sebagai bahasa rasmi kerana beberapa sebab:
          Bahasa Melayu sudah menjadi bahasa kebangsaan dan berupaya mengambil alih fungsi Bahasa Inggeris, maka layaklah Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi
          Bahasa Melayu juga dapat difahami oleh semua kaum di negara ini, maka dalam urusan rasmi, rakyat tidak menghadapi masalah menggunakan Bahasa Melayu
Ciri-ciri
          Bahasa rasmi ini menyerupai bahasa baku dalam Bahasa Melayu
          Ayat-ayat dan perkataan yang digunakan adalah mengikut struktur bahasa Melayu yang lazim digunakan
          Kependekan perkataan yang lazimnya terdapat dalam bahasa tidak rasmi tidak digunakan
          Imbuhan dalam perkataan dan struktur ayatnya dijaga dengan rapi
          Dalam temuduga umpamanya, perkataan dan ayat yang dipertuturkan oleh orang yang ditemuduga haruslah tepat dan tidak berunsur bahasa tidak rasmi
          Dalam penulisan, penggunaan ayat dan perkataan yang lengkap amat perlu untuk mengelakkan kekeliruan pembaca
Contoh
BAHASA RASMI
BAHASA TIDAK RASMI
tiada
tidak, tak, tak ada
hanya
cuma
demikian
begitu, begini
lihat
tengok
seperti
macam
apabila
bila
oleh
dek
oleh sebab itu
sebab itu


Friday, August 12, 2011

Bahasa Pijin (Pasar)


Pengenalan
*      Merupakan bahasa kacukan yang belum mantap.
*      Terdapat bahasa pijin yang berasaskan bahasa Inggeris, bahasa Sepanyol, bahasa Portugis, bahasa arab dan bahasa Swahili.
*      kadang² disebut sebagai bahasa pertembungan @ bahasa pinggiran.
*      Bahasa pijin yang mantap akan menjadi bahasa kreol apabila penutur-penuturnya membentuk komuniti tersendiri & menuturkan bahasa tersebut sebagai bahasa ibunda mereka.
*      Wujud dalam pertembungan antara manusia di pasar & pusat perniagaan.

Sifat- sifat
          Pijin tidak mempunyai penutur asli tetapi digunakan sebagai bahasa perantaraan komunikasi antara orang yang merupakan penutur asli bahasa lain.
          Pijin diasaskan pada ciri linguistik satu atau lebih bahasa lain dan merupakan bahasa yang dipermudah, dengan kosa kata & struktur tatabahasa yang dikurangkan.
          Contoh: Pengunaan Gua menggantikan saya (ganti diri orang pertama) dan `lu' (ganti diri nama kedua).
          Menggunakan banyak sebagai kata penguat, contoh: banyak cantik.
          Kerap menggunakan perkataan `punya' , contoh: dia punya barang, apa punya budak.

PERBEZAAN BAHASA PIJIN & BAHASA KREOL
BAHASA PIJIN
BAHASA KREOL
1.
Bahasa kacukan yang belum mantap
Bahasa kacukan yang sudah mantap
2.
Tiada penuturnya yang menggunakan bahasa itu sebagai bahasa pertama(bahasa ibunda)
Mempunyai penuturnya tersenidiri yang menuturkannya sebagai bahasa ibunda.
3.
Pola bahasa pijin sukar untuk dikenal pasti.
Pola bahasa kreol boleh dikenal pasti.

Wednesday, August 10, 2011

Bahasa Kreol


Definisi
*      Bahasa Kreol adalah bahasa kacukan yang sudah mantap.
*      Merupakan kacukan sekurang-kurangnya dua bahasa. Contohnya;
            i. Bahasa Baba - struktur ayatnya campuran Cina dan Melayu.
                                  - sebahagian besar perbendaharaan katanya adalah Melayu.
            ii. Bahasa Portugis   - struktur ayatnya campuran Portugis Melaka dan Melayu.
                                          - sebahagian besar perbendaharaan katanya adalah bahasa Portugis abad   ke-16.
                
*      Biasanya sistem dan struktur dan bahasa Kreol bercampur aduk. Perbendaharaan katanya memperlihatkan  pengaruh yang lebih besar daripada salah satu bahasa dibandingkan dengan yang lain, dan bahasa yang menjadi sumber paling besar bagi perbendaharaan kata diambil sebagai nama untuk bahasa Kreol berkenaan.
*      Apa yang dimaksudkan dengan “sudah mantap” di sini adalah bahasa itu sudah mempunyai penuturnya tersendiri yang menuturkannya sebagai bahasa ibunda atau bahasa pertama. Bahkan bahasa itu sudah memperlihatkan adanya sistem dan struktur yang tersendiri.
*      Bahasa Kreol adalah keturunan dari bahasa Pidgin yang menjadi bahasa ibu bagi sekelompok orang yang berasal dari latar belakang berbeda-beda.
*      Kajian umum menunjukkan (khususnya yang dilakukan oleh Derek Bickerton) bahwa bahasa-bahasa kreol yang ada di dunia menunjukkan adalah kesamaan, khususnya dari segi tata bahasa yang mengarah pada teori Tata bahasa universal.
*      Bahasa Kreol ini juga dipengaruhi oleh kosakata-kosakata yang dibawa oleh para penuturnya.
Bahasa Kreol berkembang karena sebab berikut :
  1. Berkumpulnya berbagai orang dari latar belakang yang berbeda, maksudnya: di suatu daerah, terjadi kontak antara penduduk asli dan pendatang yang satu sama lain berbeda bahasa. Dari sini kemudian digunakan sarana komunikasi yang terdiri dari bahasa dominan, namun terpengaruh oleh kosakata-kosakata bawaan dari orang-orang tersebut.
  1. Pada mulanya bahasa inilah yang disebut Pidgin, dengan kosakata yang sangat sederhana. Namun, ketika mengalami proses kreolisasi, tata bahasanya mengalami perkembangan sehingga menjadi bahasa yang stabil dan terpisah dari bahasa induknya. Sebagian besar bahasa Kreol ini berakar dari bahasa-bahasa Indo-Eropa sebagai bahasa dasarnya.

Berikut merupakan bahsa kreol yang dikenali
  1. Kreol Arab
    1. Ki Nubi
    2. Arab Juba
    3. Arab Babalia 
  1. Kreol Perancis
    1. Kreol Haiti
    2. Kreol Louisiana
    3. Kreol Mauritius
    4. Seselwa
  2. Kreol Inggris
    1. Bislama
    2. Tok Pisin
    3. Krio
    4. Pitcairn
    5. Sranang Tongo
    6. Kreol Miskito
    7. Kreol Rama Cay
  3. Kreol Melayu
    1. Betawi
    2. Melayu Ambon
    3. Melayu Manado
    4. Melayu Ternate
    5. Melayu Banda
    6. Melayu Kupang
    7. Melayu Larantuka
  4. Kreol Spanyol
    1. Chavacano
    2. Palenquero
  5. Kreol Portugis
    1. Papiamento
    2. Macao
    3. Burgher
    4. Kreol Tanjung Verde
    5. Kreol India
    6. Sao Tome
    7. Fa d'Ambo
    8. Crioulo
    9. Papia Kristang

Laras Bahasa Melayu

DEFINISI


• Laras – Kamus Dewan
– Nada, tala
– Bulat lurus, bulat panjang
– Daerah (di Minangkabau)
– Samar-samar
        Jatuh dengan sendirinya, luruh

• Laras bahasa
        Variasi bahasa berdasarkan penggunaan; klasik, sains - Kamus Dewan
        Ragam bahasa – Kamus Dewan
        Register – Kamus IM Dewan
        Penanda suara, ragam bahasa – PT Gramedia
        Kelainan bahasa untuk tujuan tertentu menurut  bidang, bentuk, dan cara wacana – Kamus Linguistik  DBP
        Penggunaan atau gaya penyampaian; cara penggunaan tajuk/wacana
        Pola penggunaan bahasa yang lazim digunakan dalam keadaaan tertentu – Ure & Ellis
        Variasi bahasa berdasarkan fungsi – Halliday
        Pilihan bahasa berdasarkan topik, latar, serta jarak sosial antara penutur – Saville-Troike

JENIS-JENIS LARAS  BAHASA MELAYU

        • Laras formal
        • Laras ilmiah
        • Laras sains
        • Laras muzik
        Laras matematik
        Laras geografi
        • Laras ekonomi
        • Laras sukan
        • Laras politik
        • Laras agama
        • Laras bahasa mesyuarat
        • Laras laporan
        • Laras kreatif
        • Laras iklan


Jenis-jenis laras Bahasa Melayu

• Laras formal
– Bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi seperti ucapan dalam majlis, pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah atau kuliah, dan dalam perbincangan seperti forum

– Cth:
• “Pada fikiran saya, tuan-tuan harus mengambil langkah awal dengan seberapa segera yang boleh sebelum masalah ini menjadi lebih rumit lagi.”
• “Saya cadangkan awak menyemak nota-nota yang telah diberikan sebelum ujian minggu hadapan.”
• “Sila berikan pandangan saudara tentang isu ini.”

• Laras ilmiah
        Bahasa yang digunakan untuk memperkatakan bidang akademik sama ada secara lisan atau secara bertulis
         
• Cth:
• Walaupun dalam perbicangan tadi telah  dibentang fakta-fakta berkaitan isu remaja masa kini, namun terdapat beberapa fenomena sosial yang turut menyumbang kepada permasalahan itu, yang perlu diberikan perhatian oleh pihak-pihak yang berkenaan.
• Berasaskan dapatan kajian, terbukti bahawa peranan dan tanggungjawab masyarakat amat penting dalam menentukan keharmonian negara terus terpelihara sebagaimana yang dicita-citakan oleh oleh kerajaaan.

Laras sains
Bahasa yang digunakan dalam bidang sains dan teknologi
• Cth:
– Organ digerakkan oleh tisu-tisu yang giat bekerja. Tisu-tisu ini pula dibina daripada sel-sel hidup yang menjalankan peranan masing-masing.
        Impuls yang tiba di sinaps akan melalui bahan kimia bagi membolehkan impuls bergerak dalam satu arah sahaja.

• Laras politik
Bahasa yang digunakan dalam bidang politik
• Cth:
– Majlis tertinggi akan mencadangkan beberapa nama kepada pucuk pimpinan sebelum
diputuskan calon yang paling layak.
– SPR telah memutuskan bahawa writ pengundi yang telah digunapakai semasa pilihanraya yang lalu digunakan untuk pilihanraya kecil dewan undangan negeri tersebut.

Laras agama
– Bahasa yang digunakan untuk mengungkap hal-hal keagamaaan
• Cth:
– Ulama ada mengatakan bahawa sifat maksum itu tidak menghalangi datangnya ujian.
        Baginda selalu menekankan urusan ketuhanan sehingga bagi Rasulullah, solat adalah saat-saat yang menyenangkannya, puasa adalah penghibur jiwanya

Laras ekonomi
        Bahasa yang digunakan dalam sektor ekonomi; jual-beli, perbankan, pasaran saham

• Cth:
– Pihak berkuasa pasaran telah mengenakan status sekuriti bertanda kepada saham dan waran yang mencatatjanb kenaikan mendadak dalam dagangan cergas untuk menjaga
kepentingan pasaran.
– Serangan spekulatif lebih terarah kepada mata wang terlebih nilai dengan
begitu ketara.
        Syarikat ini berasa yakin bahawa masih banyak ruang pasaran yang boleh diterokai menerusi pengenalan produk baru pada harga yang kompetitif.

• Laras sukan
– Bahasa yang sering digunakan untuk membuat liputan sukan atau menulis
tentang bidang kesukanan

• Cth:
– Merah Kuning buru bintang dari Brazil
– Mafa percaya kehadiran anak asal negeri Hang Tuah oleh diibaratkan seperti ‘sirih pulang ke gagang’ sekali gus mampu memantapkan skuad Kancil
        Empat pasukan teratas zon Amerika Selatan layak automatik manakala skuad kelima perlu menangkis asakan Australia dalam perlawanan playoff untuk ke Jepun danm Korea Selatan.

• Laras perundangan
        Bahasa yang digunakan dalam urusan mahkamah, dan perundangan sivil serta syariah

• Cth:
– Mahkamah telah memerintahkan supaya afidavit mengenai pernyataan-pernyataan dalam petisyen dan petisyen pemiutang itu disampaikan ke atas kamu dengan menampalkan sesalinannya berserta salinan perintah untuk penyampaian ganti di papan kenyataan mahkamah tinggi.
        Pembelaan yang akan dikemukakan adalah tertuduh tidak melakukan pembunuhan dengan niat seperti yang didakwa terhadapnya mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Laras matematik
– Bahasa khusus yang digunakan dalam bidang matematik
• Cth:
– Luas di bawah graf memberi nilai bagi jarak yang dilalui dalam suatu tempoh
masa tertentu.
– Rajah di atas menunjukkan sebuah pepejal berbentuk kuboid dengan dua
bahagian yang berkeratan rentas semibulatan dikeluarkan.
– Lukiskan satu garis lurus pada graf anda untuk mencari semua nilai x dalam
julat.

• Laras iklan
Bahasa yang digunakan untuk mengungkapkan pengiklanan barangan
atau perkhidmatan
• Cth:
– Saya mahukan lebih dari sesuatu yang istimewa, saya mahukan komitmen.
– Sebidang tanah perumahan terakhir di Taman Dagang.
– Dengan Kad Berita Harian Buyfly, kami dah merancang mengelilingi dunia.
– Mencelah ke kiri dan ke kanan boleh mengakibatkan kehilangan nyawa anda.
        Dah ada can naik roller coaster, kawan-kawan pula entah ke mana.

• Laras kreatif
Bahasa yang digunakan dalam bidang seni kreatif; penulisan puisi, lirik, cerpen, novel, drama, kritikan, memoir.
• Cth:
– Kring…bunyi loceng yang membingitkan telinga memecah keheningan awal pagi nirwana yang nyengat.
– “Malam ni, lepas Isyak, ayah nak ke rumah dia. Nak ajar dia sikit. Baru dia tahu langit tu tinggi ke rendah.” Suara sengau ayah berkumandang lagi setelah membatukan diri sejenak.
– Jalan-jalan raya kotaku adalah gelanggang kebuasan perlumbaan kebiadaban. Para pesakit kemanusiaan semakin mandul pada penghujung musim.
Msybbm3301

• Laras bahasa mesyuarat
Bahasa yang digunakan dalam urusan mesyuarat; surat panggilan mesyuarat, pengendalian mesyuarat dan pelaporan mesyuarat.
• Cth:
– Dengan segala hormatnya, saya merujuk perkara di atas, dan memaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan pada hari Isnin, 7 Januari 2002, jam 8.30 pagi di Gapura Fansuri.
– Seterusnya kita masuk ke agenda kedua iaitu perkara berbangkit.
– Tindakan semua anggota jawatan kuasa.

Laras geografi
Bahasa yang digunakan dalam bidang geografi.
• Cth:
– Bentuk muka bumi Cameron Highlands serta kedudukannya tinggi dari dari aras
laut, menjadikan suhunya lebih rendah berbanding tanah dataran.
– Bagi negara-negara yang mengalami empat musim, matahari sentiasa beralih-alih mengikut peredaran bumi mengelilingi matahari serta putaran bumi pada di paksinya.
        Pola sungai dikawasan tadahan hujan itu menjadi salah satu faktor air tidak dapat disalirkan dengan berkesan untuk mengelakkan banjir.

• Laras laporan
Bentuk bahasa yang digunakan dalam membuat laporan seperti liputan akhbar, liputan media elektronik, dan laporan pembentangan seminar.
• Cth:
Bangkok, Rabu – Seorang lelaki dan anak perempuannya berusia tiga tahun mati terkena kejutan elektrik selepas bersandar terlalu dekat dengan pagar elektrik yang dipasang untuk mengelakkan pencuri melarikan ayam sabungnya.
– Tiga sekeluarga yang disyaki pembawa virus HIV dapat dipulihkan sepenuhnya daripada jangkitan AIDS; Karum Singh melaporkan untuk Buletin Penting.
Para peserta turut menggesa supaya memorandum tersebut disampaikan kepada
pihak berkenaan secepat mungkin.

  Faktor Pewujudan
Laras Bahasa
• Halliday (1968)
– Tajuk wacana (field of discourse)
– Cara penyampaian wacana (mode of discourse)
Gaya wacana (style of discourse)
• Ure & Ellis (1977)
– Cara penyampaian
• Bertulis, lisan, bahasa isyarat
– Perhubungan sosial dan peribadi
• Hubungan peribadi, hubungan tidak pasti (penulis&pembaca)
– Bahan yang diperkatakan
– Fungsi sosial bahasa
• Upacara nikah kahwin, pidato politikMsybbm3301 


 Ciri-ciri Laras
Bahasa Melayu

• Aspek-aspek linguistik
– Perbendaharaan kata
• Istilah baru
• Kata umum menjadi istilah
• Kata-kata yang tepat dan berkesan
– Tatabahasa
• Jenis ayat
• Susunan ayat
• Kegramatisan ayat
• Aspek non bahasa
– Fitur paralinguistik
• Intonasi, mimik muka, gestur, postur
– Motif berbahasa
• Penyebaran maklumat
• Menarik perhatian
Memujuk







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...