Saturday, August 13, 2011

Bahasa Rasmi


Pengenalan
•          Bahasa yang digunakan dalam semua bentuk situasi yang rasmi atau formal
•          Digunakan dalam urusan-urusan rasmi seperti pentadbiran kerajaan, sistem pendidikan negara, urusan perniagaan, temuduga pekerjaan, mesyuarat, perundingan, seminar dan sebagainya
•          Terdapat dalam bahasa tulisan dan juga lisan
•          Zaaba menggunakan istilah “bahasa surat” untuk merujuk jenis bahasa ini
•          Tidak semestinya dipilih daripada bahasa tempatan
•          Boleh dipilih daripada bahasa asing
•          Bahasa kebangsaan biasanya satu bagi setiap negara, tetapi bahasa rasmi tidak demikian
•          Bahasa rasmi boleh lebih daripada satu, mungkin dua, tiga atau empat bagi sesebuah negara
•          India
•          Di India, bahasa Inggeris diberi status sebagai bahasa rasmi
•          Mengelakkan perbalahan kaum yang masing-masing mahukan bahasa mereka dijadikan bahasa rasmi
•          Malaysia
•          Di Malaysia, sebelum merdeka dan pada awal kemerdekaan, bahasa Inggeris menjadi bahasa rasmi
•          Kemudian, bahasa Melayu mengambil alih fungsi bahasa Inggeris
•          Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi yang pertama, manakala bahasa Inggeris menjadi bahasa rasmi yang kedua
•          Pada tahun 1967, bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi yang tunggal
•          Bahasa Melayu, dan bukan bahasa lain, digunakan sebagai bahasa rasmi kerana beberapa sebab:
•          Bahasa Melayu sudah menjadi bahasa kebangsaan dan berupaya mengambil alih fungsi Bahasa Inggeris, maka layaklah Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi
•          Bahasa Melayu juga dapat difahami oleh semua kaum di negara ini, maka dalam urusan rasmi, rakyat tidak menghadapi masalah menggunakan Bahasa Melayu
Ciri-ciri
•          Bahasa rasmi ini menyerupai bahasa baku dalam Bahasa Melayu
•          Ayat-ayat dan perkataan yang digunakan adalah mengikut struktur bahasa Melayu yang lazim digunakan
•          Kependekan perkataan yang lazimnya terdapat dalam bahasa tidak rasmi tidak digunakan
•          Imbuhan dalam perkataan dan struktur ayatnya dijaga dengan rapi
•          Dalam temuduga umpamanya, perkataan dan ayat yang dipertuturkan oleh orang yang ditemuduga haruslah tepat dan tidak berunsur bahasa tidak rasmi
•          Dalam penulisan, penggunaan ayat dan perkataan yang lengkap amat perlu untuk mengelakkan kekeliruan pembaca
Contoh
BAHASA RASMI
BAHASA TIDAK RASMI
tiada
tidak, tak, tak ada
hanya
cuma
demikian
begitu, begini
lihat
tengok
seperti
macam
apabila
bila
oleh
dek
oleh sebab itu
sebab itu


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...