Showing posts with label Strategi. Show all posts
Showing posts with label Strategi. Show all posts

Friday, February 11, 2011

Aktiviti Pratulisan

AKTIVITI PRATULISAAN

Peringkat pramenulis ialah tempoh masa murid-murid disediakan dengan aktiviti-aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul. Dalam tempoh masa ini latihan otot-otot, tangan dan jari serta kordinasi tangan dan mata diberikan kepada murid-murid dari awal-awal lagi. Bagi membolehkan mereka menguasai kemahiran membentuk lambang-lambang yang kemas dan jelas, pelajaran tulisan yang dirancangkan haruslah sistematik, bertitik-tolak daripada aktiviti-aktiviti pramenulis ynag berbentuk bebas. Latihan-latihan pramenulis menitikberatkan perkara-perkara berikut:
a)    Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan
b)    Menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh menulis dengan selesa dan sempurna.
c)    Melakukan latihan-latihan pergerakan mata.
d)    Melakukan latihan-latihan kordinasi tangan dan mata.

Strategi pengajaran pratulisan
Kebanyakan murid yang memasuki sekolah rendah telah pun menerima pendidikan prasekolah di rumah, TASKI atau TADIKA. Mereka telah pun didedahkan kepada asas-asas kemahiran menulis dan membaca. Namun begitu, bagi peringkat permulaan di sekolah rendah, guru patut memberikan kemahiran pratulisan kepada murid.
Latihan pergerakan tangan dan mata, memilih dan memadan objek mengikut bentuk, ukuran dan warna, melukis serta mewarna patut dilakukan. Latihan seumpama ini dapat membantu murid menguasai kordinasi antara tangan dan mata, dan seterusnya akan menyediakan seseorang murid itu untuk menulis.

a.    Latihan bagi tangan
Murid dikehendaki:
      i.        Menggenggam dan membuka tangan. Hendaklah dilakukan beberapa kali.
    ii.        Menggenggam dan menghancurkan atau meronyokkan sehelai daun atau kertas.
   iii.        Menggenggam dan merasa beg yang berisi kekacang.
   iv.        Menggenggam dan merasa bola.
    v.        Memegang benda-benda seperti pensel atau pembaris. Guru menunjukkan cara memegang yang betul.
   vi.        Melukis bentuk-bentuk bebas menggunakan jari di udara.
  vii.        Melukis bentuk-bentuk di dalam bekas yang mengandungi pasir atau tanah.
viii.        Memasang butang baju, menanggalkan dan memasang semula.
   ix.        Membuka tali kasut dan mengikat semula.

b.    Latihan bagi mata
Murid dikehendaki:
      i.        Menutup kedua-dua mata dengan tangan, membuka mata, melihat dan menyebut benda yang ditunjuk atau dipegang oleh guru.
    ii.        Menutup sebelah mata, melihat dan menyebut benda yang ditunjuk atau dipegang oleh guru. Lakukan latihan yang sama pada mata yang sebelah lagi.
   iii.        Melihat sesuatu benda yang dipegang oleh guru dan dibawa dari kiri ke kanan dan dari kanan ke kiri.
   iv.        Menyebutkan nama benda-benda kecil yang dipegang oleh guru seperti getah pemadam, pengasah pensel, mancis, dan seterusnya benda-benda sederhana besar dan benda-benda yang besar.
    v.        Menyebutkan warna benda atau alat yang ditunjukkan oleh guru.
   vi.        Menyebut bentuk blok-blok geometri yang diperbuat daripada kadbod atau plastik sama ada segi empat, segi tiga, bulat, separuh bulat, bujur dan sebagaimya.

c.    Latihan bagi kordinasi mata dan tangan:
Murid dikehendaki:
      i.        Menyusun benda mengikut golongan bagi benda yang sama bentuk, warna atau ukuran.
    ii.        Menyusun gambar-gambar yang diselaraskan mengikut urutan.
   iii.        Mencantum bahagian-bahagian gambar yang terpotong, misalnya jigsaw puzzle.
   iv.        Melambung dan menangkap bola sama ada di tempat berdiri secara individu atau dengan bergerak di padang bersama pasangan,
    v.        Mewarnakan gambar yang diberikan oleh guru.
   vi.        Mencantum titik atau sempang untuk membentuk huruf atau gambar.
  vii.        Mencantum arah jalan atau aliran sungai.
viii.        Memadankan gambar bagi benda-benda yang serupa.
   ix.        Memilih gambar yang berlainan dalam satu set.
    x.        Mencari lima perbezaan pada sekeping gambar yang seakan-akan sama dengan gambar asal.
   xi.        Mencari lima benda yang tersembunyi dalam sebuah lukisan.
  xii.        Membuat garisan lurus dari atas ke bawah atau sebaliknya



Wednesday, February 9, 2011

Kaedah Mengeja

KAEDAH ASAS MENGAJAR BACAAN

Kaedah Mengeja
·         mengeja dan membatang suku kata seperti b, a, = ba; t, u = tu. Kemudian suku-suku kata ini digabungkan menjadi perkataan, misalnya ba, tu = batu.
·         Mengeja terus sesuatu perkataan seperti b, a, t, u = batu.

Kebaikannya
·         Murid-murid mahir mengeja kerana mereka dilatih mengeja tiap-tiap perkataan yang dibacanya.
·         Kaedah ini memudahkan guru-guru menjalankan kerja-kerjanya. Tidak berkehendakkan alat-alat mengajar yang banyak.

Keburukannya
·         Murid-murid tidak lancar membaca. Kaedah ini menjadikan murid sibuk mengeja kerana tumpuan mereka kepada huruf semata-mata.
·         Murid-murid tidak faham apa yang dibacanya. Oleh kerana terlalu mementingkan ejaan dan sebutan, fahaman langsung tidak dihiraukan.
·         Murid-murid akan membaca dengan berlagu dan tidak mempedulikan rangkai kata dan tempat-tempat berhenti.
·         Mengelirukan kanak-kanak kerana nama huruf-huruf tidak menepati bunyi huruf-huruf itu.

Kaedah Bunyi
·         Membunyikan suku kata dan menyambungkan dengan suku kata yang lain, misalnya ba, tang = batang
·         Membunyikan huruf-huruf dahulu, lepas itu menjadikannya suku kata dan akhirnya perkataan. Misalnya ,
-       b (beh), a (ah) = ba
-       t (teh), u (uh) = tu
-       ba + tu = batu
kebaikannya
·         Sesuai denagn susuk bahasa Melayu adalah terdiri daripada suku-suku kata yang hamper tetap bunyinya.
·         Kaedah ini membolehkan kanak-kanak membaca perkataan-perkataan baharu walaupun perkataan-perkataan itu diluar perbendaharaan kata mereka.

Keburukannya
·         Bacaan murid-murid tidak licin. Ini disebabkan perhatian murid-murid itu tertumpu kepada suku-suku kata, satu lepas satu.
·         Tidak menarik hati kerana suku-suku kata yang diajar itu tidak mempunyaai makna yang nyata pada mereka.

Kaedah Huruf
·         Kaedah ini yang tertua dijalankan dari semenjak kerajaan Greek dan Rom. Kaedah ini mementingkan mengenal nama-nama huruf dan bunyi huruf-huruf itu.
·         Kaedah ini dimulakan dengan mengenal nama-nama huruf – a, b, c, d – y, z, vokal dan konsonan’
·         Di dalam bahasa Malaysia yang dibunyikan ialah:
vokal  -                                   a, e, i, o, u
vokal  dan konsonan          ba, be, bi, bo, bu
diftong                                    ai, au, oi.
·         Kemudian bunyi-bunyi itu disambung supaya menjadi suku kata, misalnya ba + tu = batu, a + ku =aku dan sebagainya.
·         Kemudian mengenal rangkai kata, ayat dan seterusnya diajar membaca.

Kelebihannya
·         Sesuai dengan susuk bahasa Malaysisa kerana bahasa Malaysia terdiri daripada suku-suku kata yang hamper tetap bunyinya
·         Membolehkan kanak-kanak membaca perkataan-perkataan baharu, walaupun belum mempelajarinya kerana mereka dapat mengenal huruf-huruf dan membunyikan vokal  dan konsonan dengan baik.
·         Kaedah ini memberi asas dan binaan yang kukuh dalam membaca.
·         Tercapai kecekapan dan kemahiran membaca serta member keyakinan kepada murid-murid

Kekurangannya
·         Murid-murid membaca dengan lancer mengikut cara traditional tanpa memahami apa yang dibacanya. Mereka hanay mementingkan sebutan dan kelancaran membaca.
·         Murid-murid terbawa-bawa tabiat membaca sambil mengeja. Ini menyebabkan mereka membaca merangkak-rangkak dan tidak faham apa yang dibaca.
·         Kaedah ini dikatakan tidak sesuai dengan kehendak pendidikan dan psikologi murid-murid kerana pengajaran tidak seara keseluruhan yang bermakna.
·         Boleh membosankan murid-murid terutama apabila mereka diberi latih tubi yang berlebihan.

Kaedah Pandang Sebut
·         Kaedah ini mementingkan dua perkara:
-       Membunyikan perkataan atau rangkai kata berdasarkan pengalaman melalui gambar.
-       Membunyikan ayat melalui gambar yang ada cerita

Prosesnya
·         Mengecam dan mengenal perkataan dengan memandang keseluruhannya. Setelah dicam, tidak dibunyikan, dan tidak juga dieja, tetapi terus disebut perkataan itu. Pada peringkat permulaan, perkataan-perkataan yang disampaikan mengikuti kaedah ini disertakan dengan gambar.
·         Dalam hal mempelajari ayat pula, kanak-kanak diminta mengecam terus ayat-ayat yang pendek dan mudah dengan tidak mengejas satu-satu perkataan yang terkandung di dalamnya. Setelah mengecam diminta terus membaca.
·         Pengulangan serta latih tubi perlu diperbanyakkan.
·         Kaedah ini dikenali juga dengan nama kaedah perkataan, kaedah rangkai kata dan kaedah ayat.

Kelebihannya
·         Sesuai dengan kehendak ilmu jiwa kanak-kanak kerana mereka mempelajari sesuatu cara keseluruhan, menarik minat murid-murid.
·         Bersesuaian dengan resmi semula jadi kanak-kanak mempelajari sesuatu iaitu daripada keseluruhan kepada bahagian-bahagiannya
·         Kaedah ini dari awal mementingkan makna. Denagn itu, kanak-kanak dari mula mendapat latihan memaham apa yang dibaca oleh mereka.
·         Guru dapat melatih kanak-kanak membaca dengan sebutan dan rentak irama ataupun alunan suara yang betul dari mula-mulanya.

Kelemahannya
·         Bacaan kanak-kanak mungkin terhad kepada perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat yang telah diajar sahaja
·         Kaaedah ini tidak membolehkan kanak-kanak mengenal huruf-huruf secara formal. Lambat mengenal bunyi dan suku kata.
·         Murid-murid tidak mempunyai asas yang kukuh yang membolehkan mereka membaca sendiri.
·         Lambat tercapai kemahiran dan kecekapan membaca.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...