DEFINISI
• Laras – Kamus Dewan
– Nada, tala
– Bulat lurus, bulat panjang
– Daerah (di Minangkabau)
– Samar-samar
– Jatuh dengan sendirinya, luruh
• Laras bahasa
– Variasi bahasa berdasarkan penggunaan; klasik, sains - Kamus Dewan
– Ragam bahasa – Kamus Dewan
– Register – Kamus IM Dewan
– Penanda suara, ragam bahasa – PT Gramedia
– Kelainan bahasa untuk tujuan tertentu menurut bidang, bentuk, dan cara wacana – Kamus Linguistik DBP
– Penggunaan atau gaya penyampaian; cara penggunaan tajuk/wacana
– Pola penggunaan bahasa yang lazim digunakan dalam keadaaan tertentu – Ure & Ellis
– Variasi bahasa berdasarkan fungsi – Halliday
– Pilihan bahasa berdasarkan topik, latar, serta jarak sosial antara penutur – Saville-Troike
– • Laras formal
– • Laras ilmiah
– • Laras sains
– • Laras muzik
– • Laras matematik
– • Laras geografi
– • Laras ekonomi
– • Laras sukan
– • Laras politik
– • Laras agama
– • Laras bahasa mesyuarat
– • Laras laporan
– • Laras kreatif
– • Laras iklan
Jenis-jenis laras Bahasa Melayu
• Laras formal
– Bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi seperti ucapan dalam majlis, pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah atau kuliah, dan dalam perbincangan seperti forum
– Cth:
• “Pada fikiran saya, tuan-tuan harus mengambil langkah awal dengan seberapa segera yang boleh sebelum masalah ini menjadi lebih rumit lagi.”
• “Saya cadangkan awak menyemak nota-nota yang telah diberikan sebelum ujian minggu hadapan.”
• “Sila berikan pandangan saudara tentang isu ini.”
• Laras ilmiah
– Bahasa yang digunakan untuk memperkatakan bidang akademik sama ada secara lisan atau secara bertulis
–
• Cth:
• Walaupun dalam perbicangan tadi telah dibentang fakta-fakta berkaitan isu remaja masa kini, namun terdapat beberapa fenomena sosial yang turut menyumbang kepada permasalahan itu, yang perlu diberikan perhatian oleh pihak-pihak yang berkenaan.
• Berasaskan dapatan kajian, terbukti bahawa peranan dan tanggungjawab masyarakat amat penting dalam menentukan keharmonian negara terus terpelihara sebagaimana yang dicita-citakan oleh oleh kerajaaan.
• Laras sains
– Bahasa yang digunakan dalam bidang sains dan teknologi
• Cth:
– Organ digerakkan oleh tisu-tisu yang giat bekerja. Tisu-tisu ini pula dibina daripada sel-sel hidup yang menjalankan peranan masing-masing.
– Impuls yang tiba di sinaps akan melalui bahan kimia bagi membolehkan impuls bergerak dalam satu arah sahaja.
• Laras politik
– Bahasa yang digunakan dalam bidang politik
• Cth:
– Majlis tertinggi akan mencadangkan beberapa nama kepada pucuk pimpinan sebelum
diputuskan calon yang paling layak.
– SPR telah memutuskan bahawa writ pengundi yang telah digunapakai semasa pilihanraya yang lalu digunakan untuk pilihanraya kecil dewan undangan negeri tersebut.
• Laras agama
– Bahasa yang digunakan untuk mengungkap hal-hal keagamaaan
• Cth:
– Ulama ada mengatakan bahawa sifat maksum itu tidak menghalangi datangnya ujian.
– Baginda selalu menekankan urusan ketuhanan sehingga bagi Rasulullah, solat adalah saat-saat yang menyenangkannya, puasa adalah penghibur jiwanya
• Laras ekonomi
– Bahasa yang digunakan dalam sektor ekonomi; jual-beli, perbankan, pasaran saham
• Cth:
– Pihak berkuasa pasaran telah mengenakan status sekuriti bertanda kepada saham dan waran yang mencatatjanb kenaikan mendadak dalam dagangan cergas untuk menjaga
kepentingan pasaran.
– Serangan spekulatif lebih terarah kepada mata wang terlebih nilai dengan
begitu ketara.
– Syarikat ini berasa yakin bahawa masih banyak ruang pasaran yang boleh diterokai menerusi pengenalan produk baru pada harga yang kompetitif.
• Laras sukan
– Bahasa yang sering digunakan untuk membuat liputan sukan atau menulis
tentang bidang kesukanan
• Cth:
– Merah Kuning buru bintang dari Brazil
– Mafa percaya kehadiran anak asal negeri Hang Tuah oleh diibaratkan seperti ‘sirih pulang ke gagang’ sekali gus mampu memantapkan skuad Kancil
– Empat pasukan teratas zon Amerika Selatan layak automatik manakala skuad kelima perlu menangkis asakan Australia dalam perlawanan playoff untuk ke Jepun danm Korea Selatan.
• Laras perundangan
– Bahasa yang digunakan dalam urusan mahkamah, dan perundangan sivil serta syariah
• Cth:
– Mahkamah telah memerintahkan supaya afidavit mengenai pernyataan-pernyataan dalam petisyen dan petisyen pemiutang itu disampaikan ke atas kamu dengan menampalkan sesalinannya berserta salinan perintah untuk penyampaian ganti di papan kenyataan mahkamah tinggi.
– Pembelaan yang akan dikemukakan adalah tertuduh tidak melakukan pembunuhan dengan niat seperti yang didakwa terhadapnya mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
• Laras matematik
– Bahasa khusus yang digunakan dalam bidang matematik
• Cth:
– Luas di bawah graf memberi nilai bagi jarak yang dilalui dalam suatu tempoh
masa tertentu.
– Rajah di atas menunjukkan sebuah pepejal berbentuk kuboid dengan dua
bahagian yang berkeratan rentas semibulatan dikeluarkan.
– Lukiskan satu garis lurus pada graf anda untuk mencari semua nilai x dalam
julat.
• Laras iklan
– Bahasa yang digunakan untuk mengungkapkan pengiklanan barangan
atau perkhidmatan
• Cth:
– Saya mahukan lebih dari sesuatu yang istimewa, saya mahukan komitmen.
– Sebidang tanah perumahan terakhir di Taman Dagang.
– Dengan Kad Berita Harian Buyfly, kami dah merancang mengelilingi dunia.
– Mencelah ke kiri dan ke kanan boleh mengakibatkan kehilangan nyawa anda.
– Dah ada can naik roller coaster, kawan-kawan pula entah ke mana.
• Laras kreatif
– Bahasa yang digunakan dalam bidang seni kreatif; penulisan puisi, lirik, cerpen, novel, drama, kritikan, memoir.
• Cth:
– Kring…bunyi loceng yang membingitkan telinga memecah keheningan awal pagi nirwana yang nyengat.
– “Malam ni, lepas Isyak, ayah nak ke rumah dia. Nak ajar dia sikit. Baru dia tahu langit tu tinggi ke rendah.” Suara sengau ayah berkumandang lagi setelah membatukan diri sejenak.
– Jalan-jalan raya kotaku adalah gelanggang kebuasan perlumbaan kebiadaban. Para pesakit kemanusiaan semakin mandul pada penghujung musim.
Msybbm3301
• Laras bahasa mesyuarat
– Bahasa yang digunakan dalam urusan mesyuarat; surat panggilan mesyuarat, pengendalian mesyuarat dan pelaporan mesyuarat.
• Cth:
– Dengan segala hormatnya, saya merujuk perkara di atas, dan memaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan pada hari Isnin, 7 Januari 2002, jam 8.30 pagi di Gapura Fansuri.
– Seterusnya kita masuk ke agenda kedua iaitu perkara berbangkit.
– Tindakan semua anggota jawatan kuasa.
• Laras geografi
– Bahasa yang digunakan dalam bidang geografi.
• Cth:
– Bentuk muka bumi Cameron Highlands serta kedudukannya tinggi dari dari aras
laut, menjadikan suhunya lebih rendah berbanding tanah dataran.
– Bagi negara-negara yang mengalami empat musim, matahari sentiasa beralih-alih mengikut peredaran bumi mengelilingi matahari serta putaran bumi pada di paksinya.
– Pola sungai dikawasan tadahan hujan itu menjadi salah satu faktor air tidak dapat disalirkan dengan berkesan untuk mengelakkan banjir.
• Laras laporan
– Bentuk bahasa yang digunakan dalam membuat laporan seperti liputan akhbar, liputan media elektronik, dan laporan pembentangan seminar.
• Cth:
– Bangkok , Rabu – Seorang lelaki dan anak perempuannya berusia tiga tahun mati terkena kejutan elektrik selepas bersandar terlalu dekat dengan pagar elektrik yang dipasang untuk mengelakkan pencuri melarikan ayam sabungnya.
– Tiga sekeluarga yang disyaki pembawa virus HIV dapat dipulihkan sepenuhnya daripada jangkitan AIDS; Karum Singh melaporkan untuk Buletin Penting.
– Para peserta turut menggesa supaya memorandum tersebut disampaikan kepada
pihak berkenaan secepat mungkin.
Laras Bahasa
• Halliday (1968)
– Tajuk wacana (field of discourse)
– Cara penyampaian wacana (mode of discourse)
– Gaya wacana (style of discourse)
• Ure & Ellis (1977)
– Cara penyampaian
• Bertulis, lisan, bahasa isyarat
– Perhubungan sosial dan peribadi
• Hubungan peribadi, hubungan tidak pasti (penulis&pembaca)
– Bahan yang diperkatakan
– Fungsi sosial bahasa
• Upacara nikah kahwin, pidato politikMsybbm3301
Bahasa Melayu
• Aspek-aspek linguistik
– Perbendaharaan kata
• Istilah baru
• Kata umum menjadi istilah
• Kata-kata yang tepat dan berkesan
– Tatabahasa
• Jenis ayat
• Susunan ayat
• Kegramatisan ayat
• Aspek non bahasa
– Fitur paralinguistik
• Intonasi, mimik muka, gestur, postur
– Motif berbahasa
• Penyebaran maklumat
• Menarik perhatian
• Memujuk
No comments:
Post a Comment