Pengenalan
Merupakan bahasa kacukan yang belum mantap.
Terdapat bahasa pijin yang berasaskan bahasa Inggeris, bahasa Sepanyol, bahasa Portugis, bahasa arab dan bahasa Swahili.
kadang² disebut sebagai bahasa pertembungan @ bahasa pinggiran.
Bahasa pijin yang mantap akan menjadi bahasa kreol apabila penutur-penuturnya membentuk komuniti tersendiri & menuturkan bahasa tersebut sebagai bahasa ibunda mereka.
Wujud dalam pertembungan antara manusia di pasar & pusat perniagaan.
Sifat- sifat
• Pijin tidak mempunyai penutur asli tetapi digunakan sebagai bahasa perantaraan komunikasi antara orang yang merupakan penutur asli bahasa lain.
• Pijin diasaskan pada ciri linguistik satu atau lebih bahasa lain dan merupakan bahasa yang dipermudah, dengan kosa kata & struktur tatabahasa yang dikurangkan.
• Contoh: Pengunaan Gua menggantikan saya (ganti diri orang pertama) dan `lu' (ganti diri nama kedua).
• Menggunakan banyak sebagai kata penguat, contoh: banyak cantik.
• Kerap menggunakan perkataan `punya' , contoh: dia punya barang, apa punya budak.
PERBEZAAN BAHASA PIJIN & BAHASA KREOL
BAHASA PIJIN | BAHASA KREOL | |
1. | Bahasa kacukan yang belum mantap | Bahasa kacukan yang sudah mantap |
2. | Tiada penuturnya yang menggunakan bahasa itu sebagai bahasa pertama(bahasa ibunda) | Mempunyai penuturnya tersenidiri yang menuturkannya sebagai bahasa ibunda. |
3. | Pola bahasa pijin sukar untuk dikenal pasti. | Pola bahasa kreol boleh dikenal pasti. |
No comments:
Post a Comment