Friday, February 4, 2011

Wacana

 WACANA

*      Semua perkara yang melibatkan bahasa ialah wacana. Retorik menjadi komponen yang penting bagi wacana. 
*      Fonologi merupakan kajian mengenai fonem sebagai unit bahasa. Sintaksis pula mengkaji ayat sebagai unit bahasa, binaan serta konstruksinya. Bagaimanapun kebolehan menguasai bidang-bidang ini hanya menjamin kebolehan menggunakan sistem dan peraturan-peraturan tatabahasa sahaja.
*      Tingkat-tingkat fonem, morfem, kata. frasa, klausa, dan ayat merupakan peringkat bentuk; manakala wacana merupakan peringkat fungsi.
*      Kamus Dewan mentakrifkan wacana sebagai:
a.    keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan,  percakapan'
b.    kesatuan fikiran yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan (seperti pidato, khutbah) atau tulisan (seperti surat, aartikel, novel, cerpen).
*      Wacana ialah satu unit bahasa yag lengkap . Ia melebihi tingkat ayat.
*      Oleh kerana sifatnya yang lengkap wacana mempunyai tubuh teks seperti berikut:
a.    pendahuluan
b.    tubuh - isi, munasabah, logik, menarik, berkesan, usur-unsur paralinguistik (tanda bacaan, cetakan tebal, miring, garis tebal)
c.    penutup
d.    graf, jadual, peta dan statistik.
e.    Ia dapat digambarkan seperti berikut:


CIRI-CIRI WACANA

  1. Tiap-tiap wacana mesti ada tujuan kerana tujuanlah yang menentukan selenggaraan. Kalau tujuan penutur untuk memperolehi maklumat, maka selenggaraan yang timbul ia adalah ayat tanya.
  1. Wacana amesti berlandaskan hubungan antara penutur dengan pendengar dalam bahasa lisan dan penulis dengan pembaca di dalam bahasa tulisan.
  1. Wacana juga harus ditinjau hubungan dan kedudukan penutur dalam masyarakat pada amnya.Hal ini menimbulkan gaya wacana sama ada gaya formal atau tidak.
  1. Wacana harus mempunyai ciri “unsur susun atur” dengan pengertian unsur-unsurnya boleh disusun atur mengikut waktu, tempat, keutamaan, sebab, akibat dan sebagainya.
  1. Tiap-tiap ayat dalam sebuah wacana perlu mempunyai maklumat yang baru yang belum ada pada ayat sebelumnya
  1. Wacana juga tidak boleh memasukkan maklumat yang berlawanan dengan logik akaliah, iaitu bertentangan dengan maklumat yang ada dalam ayat sebelumnya.
  1. Wacana mempunyai andaian dan infrensi atau aseri. Informasi asal itu disebut andaian san informasi baru disebut inferensi atau aseri.
PENANDA WACANA

*      Wacana mempunyai penanda, juga dikenali sebagai penanda wacana.
*      Penanda wacana boleh dibahagi berdasarkan fungsinya.
  

Fungsi
Contoh
Contoh Ayat
1. Tambahan
dan, serta, lagi, tambahan lagi, tambahan pula, selanjutnya, seterusnya, di samping.
1.  Pelajar yang datang lewat ke sekolah harus memberi alasan yang huhuh. Di samping itu pelajar yang datang lewat ke sekolah haruslah dikenakan tindakan disiplin.
2. Urutan
pertama, kedua, seterusnya, selepas itu, kemudian, kemudian daripada itu, akhirnya.
2.  Pertama gunting cerbisan kertas sehingga kecil kemudian masukkan serbisan ini ke dalam besen yang diisi air.
3. Penyataan semula
iaitu, yakni, dengan kata lain, seperti yang diterangkan.
3.  Seperti yang diterangkan kepada encik tadi anak encik akan dibuang sekolah kerana cuba mencabuli kehormatan rakan perempuannya.
4. Contoh
contohnya, seperti, ibarat, laksana, macam, umpama, bagai, bak kata, sebagai.
4.  Budak yang cerdik seperti kancil itu berjaya mendapat keputusan yang cermerlang dalam SPM.
5. Rumusan
rumusannya, kesimpulannya, sebagai kesimpulan, akhir kata, sebagai penyimpul kata
5.  Kesimpulannya ramai perkerja diperlukan dalam pelbagai sector supaya dapat membangunkan negara ke tahap optimum.
6. Tempat
berhampiran dengan, bersebelahan dengan, bertentangan dengan.
6.  Pejabat Pos Kota Samarahan berhampiran dengan bangunaan besar yang berwarna kuning pucat.
7. Waktu
apabila, ketika, semasa, kemudian, selepas, pada mulanya, lama-kelamaan, lambat-laun, akhirnya.
7.  Pada mulanya segala berjalan dengan lancar tetapi lama-kelamaan pertengkaran anatara ahli kumpulan menyebabkan projek itu gagal.
8. Sebab dan kesan
oleh itu, sebab itu, justeru itu, fasal, lantaran, jadi, dengan itu.
8.  Oleh itu pelajar harus pandai- pandai memilih kawan supaya tidak tersalah langkah ke lumrah maksiat.
9. Bandingan
seperti juga, serupa dengan, sesuai dengan, sama juga dengan.
9.  Model binaan rumah Melisa dan Phinne adalah serupa.
10.Pertentangan
tetapi, sebaliknya, sungguhpun, walau bagaimanapun, namun begitu, bertentangan dengan.
10.   Walaubagaimanapun pandangan tersebut menarik tetapi tidak diterima kerana memakan kos yang besar.
11. Pengesahan
sebenarnya, sesungguhnya, sewajarnya, tentulah, pastilah, sememangnya.
11.   Sebenarnya fakta yang dikemukan dalam bidang sains perlu melalui pelbagai pengesahan sebelum menjadi rumus-rumus dan fakta yang ada pada sekarang.

KEUTUHAN WACANA

*      Keutuhan wacana adalah aspek yang penting kerana ia menentukan apakah sesuatu satuan itu boleh dianggap sebagai wacana.
*      Keutuhan wacana dapat dilihat daripadanya hubungan-hubungan dari aspek:
a)    Semantik
b)    Leksikal
c)    Gramatikal
d)    Fonologi

HUBUNGAN SEBUAH WACANA DARI ASPEK SEMANTIK
*      Hubungan dari aspek ini dapat dilihat dari dua segi:
  1. Hubungan  semantik di antara bahagian-bahagian wacana yang ditandai oleh unsur-unsur gantungan yang berupa preposisi
  2. Hubungan semantic yang dilihat dari segi konteks atau latar wacana
*      Hubungan semantic di antara bahagian wacana dapat diperincikan seperti berikut:
a)    Hubungan sebab dan akibat.
Contoh: Dia sakit gastrik. Dia tidak makan .
b)    Hubungan sebab dan hasil
Contoh: Dia sangat malas. Dia dibuang kerja.
c)    Hubungan sebab dan tujuan
Contoh: Murid itu sedang berlatih. Dia hendak menyertai pertandingan minggu depan.
d)    Hubungan latar dan kesimpulan.
Tulisan itu kemas. Itu pasti tulisan Catherina.
e)    Hubungan syarat dan hasil
Contoh: Kita mesti mematuhi peraturan asrama. Kita akan menjadi orang yang lebih disiplin.
f)     Hubungan perbandingan
Contoh: Dia rajin. Abangnya lebih rajin.

g)    Hubungan memperkuatkan isi
Contoh: Sungguh baik budak itu. Sopan santun dan berakhlak mulia.
h)   Hubungan aditif
     Contoh:  Kerja saya sudah selesai. Saya mengantuk, jadi bolehlah saya tidur  sekarang.

*      Hubungan semantic dari segi konteks atau latar wacana . Hubungan ini dapat dilihat pada:
a)    Kesatuan tajuk
b)    Hubungan sosial antara penutur dan pendengar
c)    Laras bahasa yang digunakan


HUBUNGAN SEBUAH WACANA DARI ASPEK LEKSIKAL
*      Hubungan antara bahagian –bahagian wacana dapat dilihat daripada pertalian unsure-unsur leksikal yang ada di dalamnya.
*      Hubungan itu dapat diperincikan sebagai hubungan
a)    Sinonim ( maksud sama)
Contoh: Kami menolak permohonannya. Penolakan ini berasaskan pertimbangan yang wajar.
b)    Antonim ( maksud bertenangan)
Contoh: Pemuda harapan bangsa. Pemudi tiang negara.
c)    Hiponim (satu kata mempunyai lingkungan)
Contoh: Dia menjaga basikalnya dengan hati-hati. Maklumlah itulah sahaja kenderaan yang dimilikinya.
d)    Kolokasi
Contoh: Air sudah tercemar. Ikan,undang, ketam dan tumbuh-tumbuhan laut sudah mati.
e)    Unsur bersambut
Contoh: Guru memberikan teladan. Murid mencontohi.

f)     Pengulangan
Contoh: Kebanyakan orang mengejar harta. Siang malam bekerja unutk menambahkan harta.
g)    Pembuka dan penutup wacana
Contoh: dengan hormatnya, dengan bangga

HUBUNGAN SEBUAH WACANA DARI ASPEK GRAMATIKAL
*      Penanda gramtikal menunjukkan keutuhan wacana antara lain:
1.    Kata penghubung – ia menhubungkan antara kata dengan kata, klausa , ayat dan satuan- satuan yang lebih besar.
Contoh: dan, atau, kerana
2.    Elipis – pelenyapan satu bahagian, walhal biasanya diulang apa yang telah disebutkan dalam bahagian sebelumnya.
Contoh: Nampaknya saudara menyokong semua pendapatnya. Ini bererti saudari telah menyebelahi pihaknya. Memang

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...