Sunday, August 14, 2011

Dialek


Dialek
Difinisi
·         Jenis bahasa yang digunakan dalam  percakapan di sesuatu daerah @ bahagian negeri yg mempunyai pelat sebutan yang khas bagi daerah itu.
·         Berbeza daripada sebutan-sebutan umum yang  digunakan di negara ini.
·         Wujud disebabkan oleh tempat yang berasingan – mempunyai sejarah perkembangan dlm aspek bahasa yang tersendiri.

Dialek yang terdapat di negara Malaysia
·         Dialek Utara di Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Utara Perak
·         Dialek Perak di Perak selain Utara Perak.
·         Dialek Kelantan
·         Dialek Terengganu
·         Dialek KL (Bahasa Melayu basahan standard) di Kuala Lumpur, Selangor dan bandar bandar besar di Semenanjung Malaysia.
·         Dialek Negeri di Negeri Sembilan
·         Dialek Johor
·         Dialek Melaka
·         Dialek Sarawak
·         Dialek Sabah
Ciri-ciri yang membezakan bahasa daerah
·         Kepelatan bunyi sebutan
·         Gaya lagu sewaktu menuturkannya
·         Perbezaan dari segi perkataan & ungkapan-ungkapan tertentu;
·         Contoh : 1) perkataanpergi
o   Kedah : pi
o   Kelantan : gi
o   N. Sembilan : poi [poyi]
  • Perbezaan dalam penggunaan perkataan & frasa;
contoh :1) ‘layang-layang’ dengan ‘wau
                  kelmarin’ dengan ‘semalam
              2) penggunaan kata ganti nama;
                     cth : ‘awak’
                     (i) Kelantan : demo
                            (ii) Kedah : hang
                            (iii) Sarawak : kitak

·         Kerana ada perbezaan dialek yang amat ketara, kadang kala penutur bahasa Melayu dari dialek tertentu tidak dapat mamahami penutur dialek yang lain terutama sekali dialek Kelantan, Sarawak dan Sabah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...