Wednesday, August 10, 2011

Laras Bahasa Melayu

DEFINISI


• Laras – Kamus Dewan
– Nada, tala
– Bulat lurus, bulat panjang
– Daerah (di Minangkabau)
– Samar-samar
        Jatuh dengan sendirinya, luruh

• Laras bahasa
        Variasi bahasa berdasarkan penggunaan; klasik, sains - Kamus Dewan
        Ragam bahasa – Kamus Dewan
        Register – Kamus IM Dewan
        Penanda suara, ragam bahasa – PT Gramedia
        Kelainan bahasa untuk tujuan tertentu menurut  bidang, bentuk, dan cara wacana – Kamus Linguistik  DBP
        Penggunaan atau gaya penyampaian; cara penggunaan tajuk/wacana
        Pola penggunaan bahasa yang lazim digunakan dalam keadaaan tertentu – Ure & Ellis
        Variasi bahasa berdasarkan fungsi – Halliday
        Pilihan bahasa berdasarkan topik, latar, serta jarak sosial antara penutur – Saville-Troike

JENIS-JENIS LARAS  BAHASA MELAYU

        • Laras formal
        • Laras ilmiah
        • Laras sains
        • Laras muzik
        Laras matematik
        Laras geografi
        • Laras ekonomi
        • Laras sukan
        • Laras politik
        • Laras agama
        • Laras bahasa mesyuarat
        • Laras laporan
        • Laras kreatif
        • Laras iklan


Jenis-jenis laras Bahasa Melayu

• Laras formal
– Bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi seperti ucapan dalam majlis, pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah atau kuliah, dan dalam perbincangan seperti forum

– Cth:
• “Pada fikiran saya, tuan-tuan harus mengambil langkah awal dengan seberapa segera yang boleh sebelum masalah ini menjadi lebih rumit lagi.”
• “Saya cadangkan awak menyemak nota-nota yang telah diberikan sebelum ujian minggu hadapan.”
• “Sila berikan pandangan saudara tentang isu ini.”

• Laras ilmiah
        Bahasa yang digunakan untuk memperkatakan bidang akademik sama ada secara lisan atau secara bertulis
         
• Cth:
• Walaupun dalam perbicangan tadi telah  dibentang fakta-fakta berkaitan isu remaja masa kini, namun terdapat beberapa fenomena sosial yang turut menyumbang kepada permasalahan itu, yang perlu diberikan perhatian oleh pihak-pihak yang berkenaan.
• Berasaskan dapatan kajian, terbukti bahawa peranan dan tanggungjawab masyarakat amat penting dalam menentukan keharmonian negara terus terpelihara sebagaimana yang dicita-citakan oleh oleh kerajaaan.

Laras sains
Bahasa yang digunakan dalam bidang sains dan teknologi
• Cth:
– Organ digerakkan oleh tisu-tisu yang giat bekerja. Tisu-tisu ini pula dibina daripada sel-sel hidup yang menjalankan peranan masing-masing.
        Impuls yang tiba di sinaps akan melalui bahan kimia bagi membolehkan impuls bergerak dalam satu arah sahaja.

• Laras politik
Bahasa yang digunakan dalam bidang politik
• Cth:
– Majlis tertinggi akan mencadangkan beberapa nama kepada pucuk pimpinan sebelum
diputuskan calon yang paling layak.
– SPR telah memutuskan bahawa writ pengundi yang telah digunapakai semasa pilihanraya yang lalu digunakan untuk pilihanraya kecil dewan undangan negeri tersebut.

Laras agama
– Bahasa yang digunakan untuk mengungkap hal-hal keagamaaan
• Cth:
– Ulama ada mengatakan bahawa sifat maksum itu tidak menghalangi datangnya ujian.
        Baginda selalu menekankan urusan ketuhanan sehingga bagi Rasulullah, solat adalah saat-saat yang menyenangkannya, puasa adalah penghibur jiwanya

Laras ekonomi
        Bahasa yang digunakan dalam sektor ekonomi; jual-beli, perbankan, pasaran saham

• Cth:
– Pihak berkuasa pasaran telah mengenakan status sekuriti bertanda kepada saham dan waran yang mencatatjanb kenaikan mendadak dalam dagangan cergas untuk menjaga
kepentingan pasaran.
– Serangan spekulatif lebih terarah kepada mata wang terlebih nilai dengan
begitu ketara.
        Syarikat ini berasa yakin bahawa masih banyak ruang pasaran yang boleh diterokai menerusi pengenalan produk baru pada harga yang kompetitif.

• Laras sukan
– Bahasa yang sering digunakan untuk membuat liputan sukan atau menulis
tentang bidang kesukanan

• Cth:
– Merah Kuning buru bintang dari Brazil
– Mafa percaya kehadiran anak asal negeri Hang Tuah oleh diibaratkan seperti ‘sirih pulang ke gagang’ sekali gus mampu memantapkan skuad Kancil
        Empat pasukan teratas zon Amerika Selatan layak automatik manakala skuad kelima perlu menangkis asakan Australia dalam perlawanan playoff untuk ke Jepun danm Korea Selatan.

• Laras perundangan
        Bahasa yang digunakan dalam urusan mahkamah, dan perundangan sivil serta syariah

• Cth:
– Mahkamah telah memerintahkan supaya afidavit mengenai pernyataan-pernyataan dalam petisyen dan petisyen pemiutang itu disampaikan ke atas kamu dengan menampalkan sesalinannya berserta salinan perintah untuk penyampaian ganti di papan kenyataan mahkamah tinggi.
        Pembelaan yang akan dikemukakan adalah tertuduh tidak melakukan pembunuhan dengan niat seperti yang didakwa terhadapnya mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Laras matematik
– Bahasa khusus yang digunakan dalam bidang matematik
• Cth:
– Luas di bawah graf memberi nilai bagi jarak yang dilalui dalam suatu tempoh
masa tertentu.
– Rajah di atas menunjukkan sebuah pepejal berbentuk kuboid dengan dua
bahagian yang berkeratan rentas semibulatan dikeluarkan.
– Lukiskan satu garis lurus pada graf anda untuk mencari semua nilai x dalam
julat.

• Laras iklan
Bahasa yang digunakan untuk mengungkapkan pengiklanan barangan
atau perkhidmatan
• Cth:
– Saya mahukan lebih dari sesuatu yang istimewa, saya mahukan komitmen.
– Sebidang tanah perumahan terakhir di Taman Dagang.
– Dengan Kad Berita Harian Buyfly, kami dah merancang mengelilingi dunia.
– Mencelah ke kiri dan ke kanan boleh mengakibatkan kehilangan nyawa anda.
        Dah ada can naik roller coaster, kawan-kawan pula entah ke mana.

• Laras kreatif
Bahasa yang digunakan dalam bidang seni kreatif; penulisan puisi, lirik, cerpen, novel, drama, kritikan, memoir.
• Cth:
– Kring…bunyi loceng yang membingitkan telinga memecah keheningan awal pagi nirwana yang nyengat.
– “Malam ni, lepas Isyak, ayah nak ke rumah dia. Nak ajar dia sikit. Baru dia tahu langit tu tinggi ke rendah.” Suara sengau ayah berkumandang lagi setelah membatukan diri sejenak.
– Jalan-jalan raya kotaku adalah gelanggang kebuasan perlumbaan kebiadaban. Para pesakit kemanusiaan semakin mandul pada penghujung musim.
Msybbm3301

• Laras bahasa mesyuarat
Bahasa yang digunakan dalam urusan mesyuarat; surat panggilan mesyuarat, pengendalian mesyuarat dan pelaporan mesyuarat.
• Cth:
– Dengan segala hormatnya, saya merujuk perkara di atas, dan memaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan pada hari Isnin, 7 Januari 2002, jam 8.30 pagi di Gapura Fansuri.
– Seterusnya kita masuk ke agenda kedua iaitu perkara berbangkit.
– Tindakan semua anggota jawatan kuasa.

Laras geografi
Bahasa yang digunakan dalam bidang geografi.
• Cth:
– Bentuk muka bumi Cameron Highlands serta kedudukannya tinggi dari dari aras
laut, menjadikan suhunya lebih rendah berbanding tanah dataran.
– Bagi negara-negara yang mengalami empat musim, matahari sentiasa beralih-alih mengikut peredaran bumi mengelilingi matahari serta putaran bumi pada di paksinya.
        Pola sungai dikawasan tadahan hujan itu menjadi salah satu faktor air tidak dapat disalirkan dengan berkesan untuk mengelakkan banjir.

• Laras laporan
Bentuk bahasa yang digunakan dalam membuat laporan seperti liputan akhbar, liputan media elektronik, dan laporan pembentangan seminar.
• Cth:
Bangkok, Rabu – Seorang lelaki dan anak perempuannya berusia tiga tahun mati terkena kejutan elektrik selepas bersandar terlalu dekat dengan pagar elektrik yang dipasang untuk mengelakkan pencuri melarikan ayam sabungnya.
– Tiga sekeluarga yang disyaki pembawa virus HIV dapat dipulihkan sepenuhnya daripada jangkitan AIDS; Karum Singh melaporkan untuk Buletin Penting.
Para peserta turut menggesa supaya memorandum tersebut disampaikan kepada
pihak berkenaan secepat mungkin.

  Faktor Pewujudan
Laras Bahasa
• Halliday (1968)
– Tajuk wacana (field of discourse)
– Cara penyampaian wacana (mode of discourse)
Gaya wacana (style of discourse)
• Ure & Ellis (1977)
– Cara penyampaian
• Bertulis, lisan, bahasa isyarat
– Perhubungan sosial dan peribadi
• Hubungan peribadi, hubungan tidak pasti (penulis&pembaca)
– Bahan yang diperkatakan
– Fungsi sosial bahasa
• Upacara nikah kahwin, pidato politikMsybbm3301 


 Ciri-ciri Laras
Bahasa Melayu

• Aspek-aspek linguistik
– Perbendaharaan kata
• Istilah baru
• Kata umum menjadi istilah
• Kata-kata yang tepat dan berkesan
– Tatabahasa
• Jenis ayat
• Susunan ayat
• Kegramatisan ayat
• Aspek non bahasa
– Fitur paralinguistik
• Intonasi, mimik muka, gestur, postur
– Motif berbahasa
• Penyebaran maklumat
• Menarik perhatian
Memujuk







No comments:

Post a Comment

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...