Thursday, February 3, 2011

Sintaksis

Sintaksis
·         Cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.
·         Boleh dibahagi kepada
o   Binaan ayat
§  Frasa Nama
§  Frasa Sendi Nama
§  Frasa Adjektif
§  Frasa Kerja
o   Tugas Frasa
§  Subjek
§  Predikat
§  Objek
Frasa Nama
*      Binaan yang terdiri dari sudut nahu boleh terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang berfungsi sebagai konstituen dalam binaan ayat.
*      Unsur-unsur yang membentuk dua konstituen utama ayat-ayat bahasa Malayu iaitu predikat dan subjek.
*      Terdapat empat pola dalam binaan ayat:
a)    FN+FN
b)    FN+FK
c)    FN+FA
d)    FN+FSN
FRASA NAMA
Inti + Penerang
·      Inti ialah unsur yang diberi penumpuan
·      Penerang menerangkan makna dalam inti
Inti+ Inti
·      Bermaksud sama erti atau lawan erti
Inti + penerang nama (p.n.)

1.  p.n. keturunaan
2.  p.n. jenis
3.  p.n. jenis
4.  p.n. keturunan
5.  p.n. kelamin
6.  p.n. tempat
7.  p.n. arah
8.  p.n. anggota badan
9.  p.n. tenaga pengerak
10.      p.n. hal
11.      p.n. milik
12.      p.n. khas
13.      p.n. gelaran
Inti + penerang bukan nama

1.      penerang penentu di hadapan ataun belakang
2.      penerang kata kerja
3.      penerang kata adjektif
4.      penerang  frasa sendi nama
5.      penerang bilangan ordinal



*      Peraturan D-M ialah unsur yang diterangkan itu unsur  inti yang hadir pada kedudukan yang utama manakala unsure penerang yang hadir pada kedudukan kedua.

Frasa Sendi Nama
*      Satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan satu frasa nama yang menjadi pelengkap kepada satu sendi nama.
*      Binaan Frasa Nama boleh terdiri daripada:
a)    Kata Sendi Nama + Frasa Nama
b)    Kata sendi Nama +(Kata Nama Arah) + Frasa Nama
c)    Frasa Sendi Nama +( Kata Nama Arah) + Frasa Nama + ( Frasa Keterangan)

Kata Sendi Nama + Frasa Nama
Berikut adalah contoh-contoh binaan kata sendi nama + frasa nama:
Frasa Sendi Nama
Kata Sendi Nama
Frasa Nama
di
ke
dari
daripada
kepada
pada
untuk
dengan
sejak
tentang
sampai
bagi
rumah
sekolah
pekan
kayu jati
ibu
hari itu
adik kesayangan
berbasikal
kemalangan itu
kemerosotan ekonomi
esok
cikgu min

Kata Sendi Nama +(Kata Nama Arah) + Frasa Nama
*      Dalam binaan jenis ini kata nama arah boleh wujud atau tidak wujud.

Frasa Sendi Nama
Kata Sendi Nama
Frasa Nama
Kata Nama arah
Frasa Nama
a)    di
di
b)    ke
ke
c)    dari
dari
dalam
-
belakang
-
luar
-
longkang
longkang
dewan
dewan
bilik
bilik












Kata Sendi Nama +( Kata Nama Arah) + Frasa Nama + ( Frasa Keterangan)
*      Dalam binaan jenis ini kata nama arah atau frasa keterangan boleh diabaikan.
Frasa Sendi Nama
Kata Sendi Nama
Frasa Nama
Keterangan
Kata Nama arah
Frasa Nama
d)    di
di
di
di
e)    ke
ke
ke
ke
f)     dari
dari
dari
dari
dalam
dalam
-
-
belakang
belakang
-
-
luar
luar
-
-
longkang
longkang
longkang
longkang
dewan
dewan
dewan
dewan
bilik
bilik
bilik
bilik

terdapat bayi mati.

terdapat bayi mati.

untuk membincang.

untuk membincang

kedengaran bunyi pelik.

kedengaran bunyi pelik

Keterangan boleh hadir di bahagian belakang ayat atau disongsangkan.
1)    Di dalam longkang terdapat bayi mati.
2)    Terdapat bayi mati di dalam longkang.
3)    Semua ahli persatuan ping pong dihendaki ke belakang dewan untuk membincang.
4)    Untuk perbincangan semua ahli peratuan ping pong dihendaki ke belakang dewan.

Frasa Adjektif
*      Takrif: Susunan perkataan yang terdiri satu atau lebih perkataan yang mengandungi sifat penerang.
*      Fungsi:
a)    Pelengkap kepada subjek dalam sesuatu ayat di mana subjek adalah frasa nama
b)    Sebagai unsur keterangan dalam predikat
c)    Unsur penerang yang hadir selepas frasa nama sebagai predikat.
*      Binaan frasa adjektif: unsur pengisi frasa adjektif

Binaan frasa adjektif

            Binaan Satu Perkataan

Binaan Dua Perkataan

Kata dasar
Ini berlaku apabila frasa adjektif yang digunakan adalah dalam bentuk dasar.

Contoh:
Adiknya sangat nakal.

Kata Adjektif + Kata Adjektif
*      Menekankan unsur keserasian makna.
Contoh:
Lemak manis
Cantik molek
*      Menekankan unsur berlawanan
Contoh:
Tinggi rendah
Pahit manis
*      Berunsur rima
Contoh:
Tinggi lampai
Kaya raya
Berimbuhan
Ini berlaku apabila frasa adjektif yang digunakan adalah dalam imbuhan.

Contoh:
Adik tidak serajin abangnya.

Kata adjektif + kata nama
*      Membawa maksud keserupaan
Contoh:
Merah jambu
Muda remaja
*      Membawa maksud kiasan
Contoh:
Ringan tulang
Terang hati


Frasa Kerja
*      Frasa kerja boleh terdiri daripada satu atau beberapa perkataan dengan kata kerja sebagai intinya.
*      Dalam ayat, frasa kerja wujud dalam predikat.
*      Frasa kerja terbahagi kepada dua jenis, iaitu frasa kerja transitif dan frasa kerja tak transitif.
*      Binaan untuk frasa kerja transitif dan frasa kerja tak transitif dapat dirumuskan seperti dalam jadual di bawah:

Frasa kerja
Frasa Kerja Transitif
Frasa Kerja Tak Transitif
(i) (kata bantu) + kata kerja + objek + (penerangan) + (keterangan)
Tanda kurung menunjukkan unsur yang boleh ada atau tiada.
(ii) (kata bantu) + kata kerja + objek tepat + objek sipi + (keterangan)
Tanda kurung menunjukkan unsur yang boleh ada atau tiada
Frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap
Frasa kerja tak transitif berpelengap

(i) (kata bantu) + kata kerja + (keterangan)
Tanda kurungan menunjukkan unsur yang boleh ada atau tiada
(ii) (kata bantu) + kata kerja + (penerang) + (keterangan)
Tanda kurung menunjukkan unsur yang boleh ada atau tiada.
(kata bantu) + kata kerja + pelengkap + (penerang) + keterangan
tanda kurung menunjukkan unrus yang boleh ada atau tiada.

Contoh: Binaan frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap
Subjek
Predikat
Nota
Frasa Nama
Frasa kerja
Kata bantu
Kata kerja
Keterangan
Lelaki itu
sedang
makan
di atas meja.
maksud ayat lengkap jika keterangan dibuang.
Cikgu
masih
menulis
di papan hitam.
bayi itu
sedang
merangkak
dengan laju.
Jamal
akan
datang
esok
Khatib
sedang
berkhutbah
di surau
Contoh :Binaan frasa kerja tak transitif berpelengkap
Subjek
Predikat
Nota
Frasa nama
Frasa kerja
Kata bantu
Kata kerja
pelengkap
Penerang
keterangan
Mereka
akan
pulang
ke rumah
secepat mungkin
dalam minggu ini
pelengkap frasa sendi nama
Ahmad
ingin
menjadi
penyanyi
yang terkenal
di negara ini
pelengkap kata nama
Saya

tinggal
di Klang


Pelengkap frasa sendi nama

Tugas Frasa
*      Binaan ayat dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua konstituen utama iaitu subjek dan predikat.
*      Unsur-unsur yang membentuk konstituen utama ini ialah:
a)    Frasa Nama + Frasa Nama
b)    Frasa Nama + Frasa Kerja
c)    Frasa Nama + Frasa Adjektif
d)    Frasa Nama + Frasa Sendi Nama
Subjek
*      Subjek merupakan salah satu konstituen yang utama dan terdiri daripada frasa nama sahaja.
Predikat
*      Predikat merupakan satu lagi konstituen utama dalam pembinaan ayat. Predikat boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama.
Objek
*      Konstituen objek ialah konstituen yang hadir sesudah kata kerja transitif dalam frasa kerja.
*      Terdiri daripada frasa nama.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...