Thursday, February 3, 2011

Program Pembinaan Guru Baru

This is a new programme that will be implemented for the first batch of PISMP, with the minimum time frame of one year. If you are interested to read the module, please download it here. It can be found in BPG website. Below is some of the content in the module. 

Objektif Program Pembangunan Guru Baharu
Objektif ppgb ini adalah untuk:
1.    Membantu gb menyesuaikan diri dengan budaya, persekitaran, dan komuniti sekolah;
2.    Menyediakan bimbingan yang berkesan untuk gb dalam melaksanakan amalan pengajaran sepanjang proses transisi mereka daripada ‛pelajar’ kepada ‛pengajar’;
3.    Meningkatkan pengetahuan tentang aspek penilaian dan pentaksiran di sekolah;
4.    Meningkatkan kualiti pengajaran gb dan pembelajaran murid;
5.    Menyediakan bimbingan yang berkesan untuk gb melaksanakan aktiviti kokurikulum;
6.    Meningkatkan pengetahuan gb tentang aspek sosialisasi organisasi dan hal ehwal murid;
7.    Meningkatkan amalan profesionalisme, kompetensi diri dan efikasi kendiri  Gb; dan
9.    Membangunkan kerjasama secara kolaboratif antara gb dengan semua pihak (stakeholders).
 
Hasil Pembelajaran
i.         Meningkatkan kualiti pembelajaran murid dan pengajaran guru;
ii.       Melaksanakan amalan pengajaran sebagai pendidik dengan berkesan;
iii.      Meningkatkan pengetahuan tentang aspek penilaian dan pentaksiran di sekolah;
iv.      Meningkatkan amalan profesionalisme, kompetensi diri dan efikasi kendiri;
v.       Menyesuaikan diri dengan budaya persekitaran dan komuniti sekolah;
vi.      Melaksanakan aktiviti kokurikulum dengan berkesan;
vii.     Lebih berpengetahuan tentang aspek sosialisasi organisasi dan hal ehwal murid; dan
viii.   Menjalin kerjasama secara kolaboratif dengan semua pihak (stakeholder) yang terlibat di sekolah.








SKALA SKOR :
80 – 100 % - Mencapai Tahap Kompetensi (Pentadbir boleh memperakukan cadangan
pengesahan dalam perkhidmatan Guru Baharu ke SPP)
0 - 79 % - Tidak Mencapai Tahap Kompetensi (Pentadbir boleh mencadangkan
agar Guru Baharu menjalani PPGB selama enam hingga dua belas bulan
lagi)



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...