Saturday, June 25, 2011

Dokument untuk SPP

Dokumen untuk dibawa ke temuduga SPP ini adalah berdasarkan surat temuduga pelantikan yang diberi:
·         SEMUA DOKUMEN ASAL, SEKEPING GAMBAR BERUKURAN PASSPORT, SALINAN DOKUMEN YANG DISAHKAN
1.    Kad Pengenalan
2.    Sijil lahir/ Sijil Pendaftaran Kelahiran (Bagi calon yang lahir di luar Negara, sila kemukan borang W/ Surat Pengesahan Kewarganegaraan dari Jabatan Pendaftaran Negara)
3.    Sijil kelulusan yang diperolehi (mana yang berkenaan):
§  SPM/MCE/SPVM/SPMV
§  SAP/GCE(Kepujian Bahasa Melayu)
§  STPM/STP/HSC/Sijil Politeknik/Diploma
§  Ijazah dan Transkrip Ijazah (sekiranya ijazah yang diperolehi dalam bahasa selain Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, surat penterjemahan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris adalah diperlukan dan terjemahan hendaklah dibuat oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia atau Penjabat Kedutaan Malaysia di negara berkenaan atau Jabatan Agama Islam Negeri bagi Ijazah Bahasa Arab sahaja) dan
§  Diploma Pendidikan dan Transkrip
4.    Surat Tawaran Jawatan Guru Sandaran Terlatih (setiap muka surat) daripada Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran Malaysia.
5.    Pengiktirafan kelayakan dariapda Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi ijazah dalam dan luar negara. Tuan boleh merujuk dan mencetak nilai taraf ijazah berkaitan melalui laman web JPA di http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp dan mengemukan cetakan asal dari laman web tersebut ke Suruhanjaya sewaktu temuduga.
6.    Salinan Kew 8 yang tercatat tarikh melapor diri.
7.    Borang senarai Tugas dan Kokurikulum dan Laporan Khas Urusan Temuduga SPP yang lengkap dan disahkan. Format boleh didapati di
http://www.spp.gov.my/Borang%20Maklumat%20Tambahan%20V3.pdf dan http://www.spp.gov.my/LaporanSulitUrusanTemuduga.pdf

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...