Wednesday, February 9, 2011

Kaedah Mengeja

KAEDAH ASAS MENGAJAR BACAAN

Kaedah Mengeja
·         mengeja dan membatang suku kata seperti b, a, = ba; t, u = tu. Kemudian suku-suku kata ini digabungkan menjadi perkataan, misalnya ba, tu = batu.
·         Mengeja terus sesuatu perkataan seperti b, a, t, u = batu.

Kebaikannya
·         Murid-murid mahir mengeja kerana mereka dilatih mengeja tiap-tiap perkataan yang dibacanya.
·         Kaedah ini memudahkan guru-guru menjalankan kerja-kerjanya. Tidak berkehendakkan alat-alat mengajar yang banyak.

Keburukannya
·         Murid-murid tidak lancar membaca. Kaedah ini menjadikan murid sibuk mengeja kerana tumpuan mereka kepada huruf semata-mata.
·         Murid-murid tidak faham apa yang dibacanya. Oleh kerana terlalu mementingkan ejaan dan sebutan, fahaman langsung tidak dihiraukan.
·         Murid-murid akan membaca dengan berlagu dan tidak mempedulikan rangkai kata dan tempat-tempat berhenti.
·         Mengelirukan kanak-kanak kerana nama huruf-huruf tidak menepati bunyi huruf-huruf itu.

Kaedah Bunyi
·         Membunyikan suku kata dan menyambungkan dengan suku kata yang lain, misalnya ba, tang = batang
·         Membunyikan huruf-huruf dahulu, lepas itu menjadikannya suku kata dan akhirnya perkataan. Misalnya ,
-       b (beh), a (ah) = ba
-       t (teh), u (uh) = tu
-       ba + tu = batu
kebaikannya
·         Sesuai denagn susuk bahasa Melayu adalah terdiri daripada suku-suku kata yang hamper tetap bunyinya.
·         Kaedah ini membolehkan kanak-kanak membaca perkataan-perkataan baharu walaupun perkataan-perkataan itu diluar perbendaharaan kata mereka.

Keburukannya
·         Bacaan murid-murid tidak licin. Ini disebabkan perhatian murid-murid itu tertumpu kepada suku-suku kata, satu lepas satu.
·         Tidak menarik hati kerana suku-suku kata yang diajar itu tidak mempunyaai makna yang nyata pada mereka.

Kaedah Huruf
·         Kaedah ini yang tertua dijalankan dari semenjak kerajaan Greek dan Rom. Kaedah ini mementingkan mengenal nama-nama huruf dan bunyi huruf-huruf itu.
·         Kaedah ini dimulakan dengan mengenal nama-nama huruf – a, b, c, d – y, z, vokal dan konsonan’
·         Di dalam bahasa Malaysia yang dibunyikan ialah:
vokal  -                                   a, e, i, o, u
vokal  dan konsonan          ba, be, bi, bo, bu
diftong                                    ai, au, oi.
·         Kemudian bunyi-bunyi itu disambung supaya menjadi suku kata, misalnya ba + tu = batu, a + ku =aku dan sebagainya.
·         Kemudian mengenal rangkai kata, ayat dan seterusnya diajar membaca.

Kelebihannya
·         Sesuai dengan susuk bahasa Malaysisa kerana bahasa Malaysia terdiri daripada suku-suku kata yang hamper tetap bunyinya
·         Membolehkan kanak-kanak membaca perkataan-perkataan baharu, walaupun belum mempelajarinya kerana mereka dapat mengenal huruf-huruf dan membunyikan vokal  dan konsonan dengan baik.
·         Kaedah ini memberi asas dan binaan yang kukuh dalam membaca.
·         Tercapai kecekapan dan kemahiran membaca serta member keyakinan kepada murid-murid

Kekurangannya
·         Murid-murid membaca dengan lancer mengikut cara traditional tanpa memahami apa yang dibacanya. Mereka hanay mementingkan sebutan dan kelancaran membaca.
·         Murid-murid terbawa-bawa tabiat membaca sambil mengeja. Ini menyebabkan mereka membaca merangkak-rangkak dan tidak faham apa yang dibaca.
·         Kaedah ini dikatakan tidak sesuai dengan kehendak pendidikan dan psikologi murid-murid kerana pengajaran tidak seara keseluruhan yang bermakna.
·         Boleh membosankan murid-murid terutama apabila mereka diberi latih tubi yang berlebihan.

Kaedah Pandang Sebut
·         Kaedah ini mementingkan dua perkara:
-       Membunyikan perkataan atau rangkai kata berdasarkan pengalaman melalui gambar.
-       Membunyikan ayat melalui gambar yang ada cerita

Prosesnya
·         Mengecam dan mengenal perkataan dengan memandang keseluruhannya. Setelah dicam, tidak dibunyikan, dan tidak juga dieja, tetapi terus disebut perkataan itu. Pada peringkat permulaan, perkataan-perkataan yang disampaikan mengikuti kaedah ini disertakan dengan gambar.
·         Dalam hal mempelajari ayat pula, kanak-kanak diminta mengecam terus ayat-ayat yang pendek dan mudah dengan tidak mengejas satu-satu perkataan yang terkandung di dalamnya. Setelah mengecam diminta terus membaca.
·         Pengulangan serta latih tubi perlu diperbanyakkan.
·         Kaedah ini dikenali juga dengan nama kaedah perkataan, kaedah rangkai kata dan kaedah ayat.

Kelebihannya
·         Sesuai dengan kehendak ilmu jiwa kanak-kanak kerana mereka mempelajari sesuatu cara keseluruhan, menarik minat murid-murid.
·         Bersesuaian dengan resmi semula jadi kanak-kanak mempelajari sesuatu iaitu daripada keseluruhan kepada bahagian-bahagiannya
·         Kaedah ini dari awal mementingkan makna. Denagn itu, kanak-kanak dari mula mendapat latihan memaham apa yang dibaca oleh mereka.
·         Guru dapat melatih kanak-kanak membaca dengan sebutan dan rentak irama ataupun alunan suara yang betul dari mula-mulanya.

Kelemahannya
·         Bacaan kanak-kanak mungkin terhad kepada perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat yang telah diajar sahaja
·         Kaaedah ini tidak membolehkan kanak-kanak mengenal huruf-huruf secara formal. Lambat mengenal bunyi dan suku kata.
·         Murid-murid tidak mempunyai asas yang kukuh yang membolehkan mereka membaca sendiri.
·         Lambat tercapai kemahiran dan kecekapan membaca.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...