Tuesday, February 8, 2011

Aktiviti Prabacaan

AKTIVITI PRA BACAAN
                Aktiviti pra bacaan merujuk kepada aktiviti yang dijalankan untuk tujuan memberikan asas kepada kanak sebelum mereka boleh membaca. Walaupun kemahiran-kemahiran pra bacaan dapat dipelajari secara semulajadi di rumah atau di prasekolah, kemahiran ini adalah penting dalam perkembangaan kemahiran membaca kanak-kanak.
Secara ringkasnya kemahiran-kemahiran ini dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu
1.    pengamatan penglihatan
2.    pendengaran
3.    pergerakan mata & tangan.


KEMAHIRAN PENGAMATAN PENGLIHATAN
Kemahiran pengamatan penglihatan dapat dipupuk dalam pelbagai jenis aktiviti seperti aktiviti memadan dan juga arah. Aktiviti memadan adalah sebahagian daripada membaca kerana semasa kita membaca kita sebenarnya sedang memadan huruf atau perkataan dengan bunyi yang sesuai. Pada peringkat permulaan kanak-kanak boleh diperkenal dengan memadan bentuk, diikuti corak, huruf dan akhirnya perkataan. Aplikasi permainan memadan ialah jigsaw puzzle. Manakala aktiviti arah ini lebih merujuk kepada menyesuaikan kanak-kanak dengan membaca arah ayat dimulakan iaitu dari kiri ke kanan unutk tulisan rumi. Dalam situasi sebenar kanak-kanak sememangnya tidak tahu arah ayat dimulakan. Oleh itu semasa ibu bapa atau guru membacakan cerita atau ayat, mereka harus menunjuk kepada huruf yang dibaca. Kemudian guru harus menyoal kanak-kanak dari mana ayat mula dibacakan. Demi menunjukkan kepentingan membaca dari arah yang betul, guru harus mendemonstrasi dengan membaca secara terbalik. Apabila dibaca terbalik ayat yang dibaca akan menjadi tidak bermakna.



KEMAHIRAN PENDENGARAN
Selain itu, pendengaran juga biasa digunakan terutama bersama  pengamatan penglihatan. Contoh aktiviti yang boleh dilakukan adalah memperkenalkan huruf-huruf dengan bunyinya. Ini membolehkan kanak-kanak mengenal pasti huruf sebelum berkembang untuk membaca perkataan dan ayat. Cara yang boleh digunakan oleh guru ialah memperkenalkan sebahagian perkataan yang penting kepada pelajar seperti huruf dalam nama pelajar. Selain itu, guru harus mengajar huruf bersama-sama dengan ayat. Contoh ialah a untuk ayam, b untuk bola. Pada masa yang sama elakkan mengunakkan huruf besar kerana ini dapat menimbulkan kekeliruan kepada pelajar. Bukan itu sahaja, cara yang paling langsung untuk kanak-kanak mahir dalam pendengaran adalah bertutur dengan kanak –kanak atau membaca kepada kanak-kanak. Semasa bertutur dengan mereka, kanak-kanak sedang mendengar dan mendapat pengalaman dalam berbahasa. Pengalaman inilah penting dalam perkembangan membaca.

KEMAHIRAN PERGERAKAN MATA DAN TANGAN
Kemahiran yang terakhir ialah kemahiran pergerakan mata dan tangan. Kemahiran ini dapat dipupuk melalui aktiviti motor tangan seperti mewarna. Perkembangan motor tangan adalah amat penting kerana pada peringkat awal, motor halus kanak-kanak belum matang lagi. Guru harus mengalakkan kanak-kanak untuk menggunakan kreativiti untuk melukis dan mewarna mengunakan peralatan yang berbeza. Ini bertujuan unutk melatih kanak-kanak memegang pensel atau objek yang seumpama seperti crayon atau pensel warna dengan cara yang betul dan pada masa yang sama melatih motor halus. Selain itu guru juga boleh memberi permainan yang mengunakkan objek kecil seperti set bongkah yang dapat membantu dalam perkembangan motor. Kalau tidak terdapat set bongkah, guru juga dapat member aktiviti seperti mengunting tetapi harus diingatkan untuk berhati-hati semasa mengunakkannya.


KAEDAH MENGAJAR BACAAN
Kaedah mengajar bacaan merupakan sebagian lanjutan daripada aktiviti prabacaan tetapi ini lebih berfokus kepada cara memperkenalkan hurf, perkataan dan ayat serta bunyi kepada kanak-kanak.
Kaedah ini secara kasar dapat dibahagikan kepada tiga:
1.    Kaedah bunyi/ fonetik
2.    Kaedah huruf
3.    Kaedah pandang dan sebut
KAEDAH BUNYI / FONETIK
Kaedah ini lebih mengutamakan bunyi. Terdapat dua cara mengunaan iaitu:
1.    Membunyikan suku kata dan menyambungkan dengan suku kata yang lain.
Contohnya:
ba + pa = bapa
2.    Membunyikan huruf-huruf dahulu, lepas itu menjadikannya suku kata dan akhirnya perkataan.
Contoh:
b (beh), a (ah) = ba
p(peh), a (ah) = pa
ba + pa = bapa

Kekuatan
Kelemahan
Sesuai denagn susuk bahasa Melayu adalah terdiri daripada suku-suku kata yang hampir tetap bunyinya.

Bacaan murid-murid tidak licin. Ini disebabkan perhatian murid-murid itu tertumpu kepada suku-suku kata, satu lepas satu.
Kaedah ini membolehkan kanak-kanak membaca perkataan-perkataan baharu walaupun perkataan-perkataan itu diluar perbendaharaan kata mereka.
Tidak menarik hati kerana suku-suku kata yang diajar itu tidak mempunyaai makna yang nyata pada mereka.


KAEDAH HURUF
Kaedah yang tertua ini mementingkan mengenal nama-nama buruf dan bunyi-bunyi huruf. Biasanya kaedah ini dimulakan dengan memperkenalkan huruf-huruf dari a,b,c d sehingga z kepada kanak-kanak. Kemudian kanak-kanak akan mengenali huruf mana yang dikategri sebagai vokal dan konsonan. Pada tahap seterusnya kanak –kanak diajar dengan gabungan vokal dan konsonan serta diftong. Bunyi-bunyi akan disambung menjadi suku kata seperti su + ka = suka. Seterusnya mereka akan mengenal rangkai kata, ayat dan seterusnya diajar membaca.
Vokal
a
a
i
Konsonan
s
y
l
r
Gabungan Vokal dan Konsonan
sa
ya
la
ri
Perkataan
saya
lari

Kekuatan
Kelemahan
1    Sesuai dengan susuk bahasa Malaysia kerana bahasa Malaysia terdiri daripada suku-suku kata yang hampir tetap bunyinya
2    Membolehkan kanak-kanak membaca perkataan-perkataan baharu, walaupun belum mempelajarinya kerana mereka dapat mengenal huruf-huruf dan membunyikan vokal  dan konsonan dengan baik.
3    Kaedah ini memberi asas dan binaan yang kukuh dalam membaca.
4    Tercapai kecekapan dan kemahiran membaca serta member  keyakinan kepada murid-murid
1.  Murid-murid membaca dengan lancar tanpa memahami apa yang dibacanya. Mereka hanya mementingkan sebutan dan kelancaran membaca.
2.  Murid-murid terbawa-bawa tabiat membaca sambil mengeja menyebabkan mereka membaca merangkak-rangkak. Kaedah ini dikatakan tidak sesuai dengan kehendak pendidikan dan psikologi murid-murid kerana pengajaran tidak secara keseluruhan yang bermakna.
3.  Boleh membosankan murid-murid terutama apabila mereka diberi latih tubi yang berlebihan.

KAEDAH PANDANG DAN SEBUT
Kaedah ini juga dikenali dengan nama kaedah perkataan, kaedah rangkai kata dan kaedah ayat yang  mementingkan dua perkara iaitu membunyikan perkataan atau rangkai kata berdasarkan pengalaman melalui gambar dan membunyikan ayat melalui gambar yang ada cerita. Kaedah ini tidak mengunakan kaedah emgeja atau membunyi tetapi mengecam dan membaca.
Peringkat
1.    Pada peringkat permulaan, perkataan-perkataan yang disampaikan mengikuti kaedah ini disertakan dengan gambar. Kanak –kanak diminta untuk mengecam dan mengenal perkataan dengan memandang keseluruhannya. Setelah dicam, tidak dibunyikan, dan tidak juga dieja, tetapi terus disebut perkataan itu.
2.    Mempelajari ayat pula, kanak-kanak diminta tidak mengeja satu-satu perkataan yang terkandung di dalamnya tetapi mengecam terus ayat-ayat yang pendek dan mudah dengan. Pengulangan serta latih tubi perlu diperbanyakkan.
Kekuatan
Kelemahan
1    Sesuai dengan kehendak ilmu jiwa kanak-kanak kerana mereka mempelajari sesuatu cara keseluruhan, menarik minat murid-murid.
2    Bersesuaian dengan resmi semula jadi kanak-kanak mempelajari sesuatu iaitu daripada keseluruhan kepada bahagian-bahagiannya
3    Kaedah ini dari awal mementingkan makna.
4    Guru dapat melatih kanak-kanak membaca dengan sebutan dan rentak irama ataupun alunan suara yang betul dari mula.

1        Bacaan kanak-kanak mungkin terhad kepada perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat yang telah diajar sahaja
2        Kaaedah ini tidak membolehkan kanak-kanak mengenal huruf-huruf secara formal. Lambat mengenal bunyi dan suku kata.
3        Murid-murid tidak mempunyai asas yang kukuh yang membolehkan mereka membaca sendiri.
4        Lambat tercapai kemahiran dan kecekapan membaca.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...