Saturday, February 5, 2011

Jenis Ayat

Jenis ayat dapat dibahagikan kepada 4 jenis iaitu:
*      Ayat penyata
*      Ayat tanya
*      Ayat perintah
*      Ayat seruan

Ayat Penyata

*      Diucap dengan maksud membuat satu penyataan dengan tujuan menyata atau memberi keterangan tentang sesuatu.

*      Contoh:
1.      Nadiah jurutaip.
2.      Abdullah sedang tidur.
3.      Cempaka itu wangi.

Ayat Tanya
*            Bertujuan untuk menyoal sesuatu.
*            Dikenal pasti berdasarkan nada suara & penggunaan perkataan dan tanda soal ( ?)
*            Dapat dibahagi kepada dua jenis mengikut struktur dan bentuk jawapan

STRUKTUR
*      Ayat tanya tanpa kata tanya
- Diucapkan dengan    nada tinggi dan disertai partikel –kah.
*      Ayat tanya dengan kata Tanya
   - Contoh kata tanya:
      Apa, siapa , mengapa,  bila
- Contoh frasa sendi nama tanya:
   Di mana, dari mana, sejak bila.

JAWAPAN
*      Tertutup
      Jawapan : ya, tidak, bukan
*      Terbuka
      Jawapan untuk ayat tanya jenis ini tidak terhad.

Ayat Perintah

*      Ayat ini membuat tindakan dan ditujukan kepada orang dengan kata ganti diri nama kedua.
*      Ayat Perintah dapat dibahagikan kepada 4 jenis :
1.      Ayat Suruhan
2.      Ayat Silaan
3.      Ayat Larangan
4.      Ayat Permintaan

Ayat Suruhan
-          memberi arahan
-          pengunaan partikel lah dan kah
-          Contoh: Masuklah ke rumah .

Ayat Silaan
-          Penggunaan sila dan jemput pada pemulaan ayat.
-          Contoh:
Sila masuk.

Ayat Larangan
      - Penggunaan jangan   usah atau tidak usah
 -Harap juga digunakan digunakan melembutkan ayat.
- Contoh:
   Jangan curi makan.

Ayat Permintaan
-          Ayat yang digunakan unutk  meminta pertolongan
-          Contoh: Tolong tutup lampu.

Ayat Seruan

Diucapkan dengan intonasi unutk melahirkan sesuatu keadaan perasaan.
Pengunaan !
Contoh:
Oh , amboi,cis,aduh, syabas

Contoh:
  1. Aduh, sakitnya!
  2. Pergi !

1 comment:

  1. sangat2 membantu,, terima kasih, dan minta izin utk copy dan paste,, :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...