Saturday, February 5, 2011

Binaan Ayat


Binaan Ayat Inti

Konsep Ayat Inti
*      Dikenali sebagai ayat inti.
*      Terbentuk daripada unsur-unsur utama yang wajib
*      Tidak mengandungi sebarang keterangan di dalamnya.
*      Tidak mengandungi tambahan unsur pada frasa subjek atau predikat.
*      Binaan ayat dasar yang paling ringkas dan menjadi dasar terbitnya ayat-ayat lain.

Pola Ayat Inti
*      Pola ayat inti terbahagi kepada empat jenis pola berdasarkan jenis-jenis unsure yang hadir dalam konstituen subjek dan konstituen predikat.
*      Konstituen ini boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama.
*      Pola-pola ayat inti ini adalah gabungan frasa- frasa tersebut.

Pola
Subjek
Predikat
FN + FN
Suhanis
( frasa nama)
pelajar maktab.
( frasa nama)
FN + FK
Kathy
( frasa nama)
sedang memasak
(frasa kerja)
FN + FA
Lo Bing Bing
( frasa nama)
rajin
(frasa adjektif)
FN + FSN
Si Putih
( frasa nama)
di kantin.
(frasa sendi nama)

Ciri-ciri Ayat Inti

*      Mengandungi satu klausa yang lengkap dan mengandungi satu subjek dan satu predikat.
*      Ayat dasar mempunyai struktur subjek-predikat.
*      Ayat penyata lebih dasar dan lebih lengkap daripada ayat jenis lain seperti ayat perintah atau ayat Tanya.
*      Semasa kata kerja sebagai predikat ayat inti maka ayat aktif digunakan kerana lebih dasar dan lebih lengkap.
*      Berpotensi untuk diluaskan dengan penambahan unsur-unsur.
*      Ayat inti dapat dekembangkan atau diperluaskan bagi menerbitkan ayat jenis lain.
*      Ayat inti tidak mengandungi unsur yang boleh dihubungkan oleh kata hubung dengan unsur-unsur lain.


Ayat Tunggal
*      Ayat tunggal ialah ayat yang terbina daripada dua bahagian, iaitu subjek dan predikat.
*      Subjek – bahagian ayat yang diterangkan.
*      Predikat – bahagian ayat yang menerangkan subjek.

Binaan Subjek
Kata Nama
*     KN yang menjadi subjek sesuatu ayat boleh terbentuk daripada:
  1. Kata nama am
  2. Kata nama khas
  3. Kata nama terbitan
Contoh:

Subjek (Nama Am)
Predikat
  1. Jambangan bunga itu
  2.  Pantai ini
  3. Ayah
untuk adik.
sungguh cantik.
seorang yang tegas.
Subjek (Nama Khas)
Predikat
  1. Si Comel
  2. Arfizy
  3. Gunung Singai
sangat cerdik.
sedang tidur.
penuh dengan pokok durian.
Subjek (Nama Terbitan)
Predikat
  1. Nyanyiannya
  2. Masakan ini
  3. Tumbukannya
memukau jiwa.
enak sekali.
sungguh kuat.

Kata Ganti Nama
*     KN yang menjadi subjek sesuatu ayat boleh terbentuk daripada:
  1.  Ganti nama orang
  2.  Ganti nama tunjuk
Contoh:
Subjek ( Ganti nama orang)
Predikat
  1. Kami
  2. Beliau
pelajar maktab.
seorang pensyarah.
Subjek (Ganti nama tunjuk)
predikat
  1. Ini
  2. Itu
kawasan asrama.
tuduhan yang melampau.

Kata Kerja berfungsi sebagai Kata Nama

*     KK yang penggunaannya dalam ayat berfungsi sebagai subjek, iaitu KK yang mengambil tugas kata nama.
*     Ini berlaku apabila kata dari golongan kumpulan lain diberi imbuhan.

            Contoh:
Subjek (KK )
Predikat
  1. Melukis
  1. Bersenam
  2. Merokok
menjadi kegemarannya.
menyihatkan badan.
ialah tabiat yang buruk.

Kata Adjektif berfungsi sebagai Kata Nama

*     Ada juga KA yang berfungsi sebagai subjek sesuatu ayat, yakni adjektif yang mengambil tugas KN.
            Contoh:

Subjek (Kata Adjektif)
Predikat
  1. Merah
  2. Lemah-lembut
  3. Boros
  4. Miskin
melambangkan keberanian.
sifat orang-orang Timur.
membawa kepapaan.
jangan dipandang hina.

BINAAN PREDIKAT

*     Predikat sesuatu ayat tunggal dapat dibina daripada unsur-unsur utama berikut:
  1. FN
  2. FK
  3. FA
  4. FSN

Frasa Nama

         Binaan frasa nama yang menjadi predikat sama seperti binaan frasa nama yang berfungsi sebagai subjek dalam satu ayat .
         Unsur ini boleh terbina daripada :
  1. KN Am
  2. KN Khas
  3. KN Terbitan
Subjek
Predikat( Nama Khas)
  1. Sekolah itu
  2. Beliau
Sekolah Kebangsaan Negeri Sarawak.
Pengarah Syarikat Mega.
Subjek
Predikat ( Nama Am)
  1. Suhanis
  2. Binatang itu
pelajar.
kucing.
Subjek
Predikat ( nama terbitan)
  1. Kata-katanya
  2. Tegurannya
menyakitkan hati.
suatu pengajaran .

Predikat Frasa Kerja
FK yang menjadi predikat dalam sesuatu ayat terbentuk daripada unsur-unsur berikut:

  1. KK asal
  2. KK terbitan
  3. Kata bantu
  4. Unsur- unsur keterangan

KK asal
         Terdiri daripada 2 jenis :
         KK asal tidak berimbuhan – terdiri daripada satu kata dasar yang boleh terdiri daripada KKTT dan KKT .
         KK asal berimbuhan – gabungan kata dasar dengan kata imbuhan
Contoh KK Asal Tidak Berimbuhan

Subjek
Predikat
KKTT
Keterangan
  1. Fizi
  2. Kami
  3. Katak
tidur
berjalan
melompat
dalam kelas.
ke pasar.

Subjek
Predikat
KKT
Objek
  1. Fizi
  2. Kami
Makan
mencuci
Aiskrim
mangkuk

Contoh KK Asal Berimbuhan

Subjek
Predikat ( KKTT)
Pelajar- pelajar
Gadis itu
Uchung
menyanyi.
bersantai di tepi pantai
terjatuh

Subjek
Predikat
KKT
Objek
Fizi
Kami
Kerajaan
menulis
menggubah
memahami
cerpen.
lagu.
hasrat rakyat.

Kata Kerja Terbitan
         KK yang asalnya bukan dari golongan KK tetapi dari golongan yang lain seperti KN dan KA.

         KA dan KN mengalami pengimbuhan me-….-kan , me-…i .

         Menghasilkan KKT yang memerlukan objek.

Subjek
Predikat
KKT
Objek
  1. Fizi
  2. Kami
  3. Ibu
menyekolahkan
menjalani
mengindahkan
adiknya.
latihan perguruan.
bilik tidurnya.

Kata Bantu
         Unsur FK yang hadir sebelum KK.
         Terbahagi kepada 2 jenis :
  1. Kata bantu aspek   ( menerangkan sesuatu perbuatandari segi masa – belum, semasa, selepas )
  2. Kata bantu ragam ( menerangkan ragam perasaan yang berkaitan dengan perbuatan yang dilakukan – hendak , mahu , harus )
  3.  
Unsur Keterangan
         KKT & KKTT boleh menerima frasa keterangan.
         Berfungsi untuk menerangkan dengan lebih lanjut.
         Contoh:
  1. Benny berlari dengan laju.
  2. Kuliah tamat pada pukul satu.
Predikat Frasa Adjektif
         Terdiri daripada dua jenis :
  1. Kata adjektif selapis
      * Boleh didahului oleh kata penguat SAS ( sangat, amat , sungguh).
        * Boleh diakhiri oleh kata penguat sungguh, sekali, betul dan benar.
        * Bandingan lebih dan paling dan imbuhan ter- boleh digunakan.
  1. Kata adjektif ganda
      * Erti banyak dan pelbagai rupa bentuk serta sifat
Contoh
Subjek FN
Predikat KA selapis
Kereta Min
Mejanya
Kamus itu
besar.
rendah.
tebal.

Subjek FN
Predikat KA ganda
Rumah di bandar
Kamus itu
besar-besar.
tebal- tebal.

Predikat Frasa Sendi Nama
         Menjadi predikat terbina daripada kata sendi nama diikuti oleh frasa nama.
Subjek
Predikat FSN
Buku saya
Mee itu
Wangnya
di bilik.
untuk emak.
dengan kakak.



Ayat Majmuk

*      Ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih dengan mengikut susunan tertentu sehingga menjadi ayat baharu.
*      Dibahagikan tiga bentuk utama:
1.      Kata Majmuk Gabungan
2.      Kata Majmuk Pancangan
3.      Kata Majmuk Campuran

Kata Majmuk Gabungan

*      Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang dibina oleh dua atau lebih klausa bebas dengan menggunakan kata hubung seperti dan, atau, tetapi, serta, lalu dan sebagainya.
*      Koma mungkin digunakan jika gabungan terdiri daripada tiga atau lebih klausa.
*      Contoh:

(1) Alicia mahir memasak dan menjahit.
(2) Alicia mahir memasak
(3) Alicia mahir menjahit.

*      Ayat yang (1) berasal daripada ayat (2) dan (3).Kedua-dua ayat (2) dan (3) dihubungkan dengan menggunakan kata hubung dan.Klausa (2) dan (3) sama tarafnya iaitu klausa utama.

*      Ayat majmuk gabungan boleh jadi ayat yang mengandungi fakta yang sejajar atau fakta yang bertentangan.
*      Untuk fakta yang bertentangan, kata hubung seperti dan, serta, tambahan, pula, sambil dan sebagainya digunakan.
*      Untuk fakta yang bertentangan, kata hubungan seperti tetapi, sebaliknya, padahal dan sebagainya digunakan .

Kata Majmuk Pancangan

*      Ayat majmuk pancagan ialah ayat yang dibentuk oleh klausa yang tidak setara.Ini bermakan dalam ayat berkenaan terdapat satu klausa bebas atau ayat utama dan satu atau lebih klausa tak bebas atau ayat  kecil.
*      Ayat kecil dipancangkan di dalam ayat utama dengan menggunakan kata hubungan seperti yang, bahawa, kerana, jika, apabila, sungguhpun dan sebagainya.
*      Dalam bahasa Melayu, ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis :
1.Ayat relatif
2.Ayat komplemen
3.Ayat keterangan.


Ayat Relatif

*      Ayat relatif terdiri daripada satu klausa bebas atau ayat utama dan satu atau lebih klausa terikat atau ayat kecil.
*      Ayat kecil dipancangkan ke dalam subjek ayat utama atau predikat ayat utama dengan menggunaka kata hubung.
*      Perhatikan contoh berikut:

o   Buku yang tebal itu milik Pak Mat.
o   Buku itu milik Pak Mat.
o   Buku itu tebal.

*      Ayat (3) telah dipancangkan kepada subjek ayat utama dan dijadikan ayat kecil dengan menggugurkan buku itu tebal dan menggunakan kata hubung yang.

Ayat Komplemen

*      Ayat majmuk komplemen ialah ayat utama yang dipancangkan dengan ayat kecil yang seterusnya menjadi komplemen kepada ayat utama.

*      Perhatikan contoh berikut:

Dia memberitahu sesuatu
Jika sesuatu itu diterangkan sebagai ``giginya sakit'' atau ``membeli baju baru'' atau ``akan bertolak ke Kuala Lumpur esok'' maka ayat komplemen dapat dibentuk dengan menggunakan kata hubung bahawa atau yang.

*      Dia memberitahu giginya sakit
*      Dia memberitahu membeli baju baru
*      Dia memberitahu akan bertolak ke Kuala Lumpur esok.



*      Terdapat tiga jenis ayat komplemen

1.      Ayat komplemen frasa nama
-          Ayat komplemen nama subjek
-          Contoh: Bahawa rancangan itu gagal memang tidak boleh dipercayai.

-          Ayat komplemen frasa nama objek tepat
-          Contoh: Yang dituduh mengakui bahawa dia telah membunuh orang tersebut.

2.      Ayat komplemen frasa kerja
-          Boleh terdiri daripada kata kerja tak transitif (KKTK).
-          Ayat-ayat komplemen berfungsi sebagai pelengkap untuk KKTK.
-          Tidak boleh dipasifkan.
-          Contoh: Orang itu berpendapat bahawa anaknya juga patut dibenarkan melanjutkan pelajaran ke seberang laut.

3.      Ayat komplemen frasa adjektif
-          Menjadi unsur predikat.
-          Jumlah ayat jenis ini terhad.
-          Contoh: Saya amat yakin bahawa dia akan berjaya.



Ayat keterangan.

Ayat majmuk keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat utama dan satu atau lebih ayat kecil yang bertugas sebagai keterangan kepada predikat.
Hubungan antara ayat-ayat keterangan ialah:
      Ayat induk + Kata hubung + Ayat keterangan

Jenis-jenis ayat keterangan:
  1. Keterangan musabah
-          Menerangkan sebab berlaku sesuatu kejadian atau perbuatan.
-          Kata hubung yang digunakan ialah kerana, sebab dan oleh sebab.
-          Contoh: Saya tidak hadir ke kuliah kerana urusan peribadi di rumah.

  1. Keterangan akibat
-          Menerangakn kesan sesuatu perbuatan
-          Contoh: Saya mengantuk kerana tidur lewat semalam.


    3.   Keterangan syarat
  -   Menerangkan tuntutan yang mesti dipenuhi.

4.       Keterangan waktu
                   -    Menerangkan masa sesuatu perbuatan

5.       Keterangan harapan
              -    Menerangkan sesuatu perbuatan atau kejadian yang berlawanan

6.       Keterangan cara
                    -    Menerangkan kaedah atau gaya sesuatu perbuatan.

7.       Keterangan tujuan
                    -    Menerangkan maksud sesuatu perbuatan

8.       Keterangan perbandingan
                   -     Menerangkan kejadian yang menjadi persamaan

Ayat Majmuk Campuran
*      Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat.
*      Ayat ini mungkin terdiri daripada ayat tunggal dan ayat majmuk gabungan atau ayat majmuk pancangan.
*      Biasanya, ayat jenis ini panjang.
*      Panjang pendek bukanlah kriteria ayat majmuk campuran tetapi bilangan subjek dan predikatnya atau bilangan klausanya.

*      Contoh:
Klausa utama ditandakan `U' dan bilangannya dinomborkan; ayat kecil ditandakan 'K' dan bilangannya dinomborkan.

contoh 1: 

Negara mengalami masalah ekonomi (U1) tetapi keadaannya bertambah baik (U2) apabila pertumbuhan eknomi mula berkembang semula (K1).
(Ayat campuran ini terdiri daripada ayat gabungan dan ayat keterangan waktu; atau dua ayat utama dan satu ayat kecil.)

contoh 2: 

Apabila kami tiba di Langkawi (K1) kami disambut oleh jawatankuasa (U1) dan kami diperkenalkan kepada Pegawai Daerah (U2) serta ahli Jawatankuasa Kemajuan Kampun (U3).

(Ayat campuran terdiri daripada tiga ayat utama dan satu ayat kecil)

contoh 3:

Ketika pihak bomba sampai (K1) kebakaran itu mula merebak (U1) walaupun penduduk di situ cuba mengawal api (K2).
(Ayat campuran yang mengandungi satu klausa utama dan dua ayat kecil; atau ayat tunggal dengan ayat keterangan waktu dan keterangan pertentangan).

contoh 4:

Projek-projek besar kerajaan diharap menjana pertumbuhan ekonomi negara (U1) dengan meluaskan pekerjaan (K1) serta menggerakkan pelbagai sektor ekonomi pembinaan (K1) serta menggerakkan pelbagai sektor ekonomi pembinaan (K2) selain menyediakan infrastruktur negara (U2).
(Ayat campuran yang terdiri daripada ayat gabungan ayat keterangan cara).


Ayat Majmuk Pasif

Ayat Majmuk Gabungan

Aktif: Saya minum teh dan Minah makan mee.
Pasif: Teh saya minum dan mee dimakan oleh Minah.

Ayat Majmuk Relatif

Aktif: Supiah membaca kamus yang tebal itu.
Pasif: Kamus yang tebal itu dibaca oleh Supiah

Ayat Majmuk Komplemen Objek

Aktif: Guru menerangkan bahawa ujian akan bermula pada bulan hadapan.
Pasif: Bahawa ujian akan bermula pada bulan hadapan diterangkan oleh guru.

Ayat Majmuk Keterangan

Aktif: Ali akan membeli buku itu kalau ayah membenarkan.
Pasif : Buku itu akan dibeli oleh Ali kalau ayah membenarkan.





No comments:

Post a Comment

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...